Hujan lebat turun mencurah-curah di bumi Perlis. Penyusunan Allah, langit menangis mengiringi tiga permata menghadap Sang Pencipta. Pagi tu, MATRI dikejutkan dengan berita pemergian Akh Ahmad Izzat Bin Ismail, senior form 5, Hazman Bakhtiar Bin Sharizan, form 2 dan Pakcik Shahidan bin Ali, 69. Dia seorang suami kepada Sifu Math kat MATRI, Cikgu Asmah binti Omar.
Majoritinya, pelajar puteri MATRI tak pernah mengenali siapa akh Izzat dan siapa Hazman. Tapi, suasana hiba dan pilu memenuhi seluruh pelusuk MATRI. Selepas solat zohor, Ustaz Hadi cakap pasal kematian mereka bertiga. Hari Isnin yang lalu, waktu perhimpunan, ustaz hadi cakap pasal kematian. Ustaz cakap, " Allah masih sayangkan kami, cikgu-cikgu tua di sini walaupun dah ramai yang Allah dah ambil nyawanya. Allah masih beri peluang untuk kami lihat wajah antum. masih beri peluang untuk sayang antum...." Kata-kata itu ustaz ulang lagi. Musolla terlalu sunyi waktu itu. Bunyi kipas berputar tak dengar (sebab tak bukak, terlalu sejuk...). Habis ustaz cakap, jam hampir ke pukul 2 petang, hujan yang tadinya renyai-renyai kembali lebat.
Pada mulanya, tiga jenazah itu akan disolatkan selepas asar, tetapi disebabkan masalah teknikal, disolatkan selepas maghrib.Penat menanti, hanya jenazah pakcik Shahidah yang sampai. Lagi dua baru selesai post-mortem dan tersangkut dalam banjir. Sebaik dua jenazah lagi naik selepas isya, ana lihat kebanyakan pelajar puteri menangis. Ana akui, ana juga hampir menangis. Seperti yang ana sebutkan tadi, majoritinya tak pernah mengenali dua pelajar lelaki ini. Tapi, inilah aura orang soleh. Sebelum dua van jenazah meninggalkan perkarangan MATRI, dataran MATRI dipenuhi suasana hiba. Sahabat mereka semuanya menangis. Terutama sahabat arwah Akh Izzat. Sudah tentu, mereka bersama dengannya 5 tahun. Malam tu, ribut + hujan lebat. Ana terjaga. Jam menunjukkan 1 pagi. Ana cuma mampu berdoa moga Allah tempatkan mereka bersama orang-orang yang soleh.Seminggu sebelum kematian mereka, kami (pelajar MATRI) solat hajat untuk seorang ex- MATRIANS, form 5 skarang. Dia accident dan koma. Namun, yang jauh didoakan, yang dekat pergi meninggalkan....
" Ya Allah, sesungguhnya merek ini orang yang soleh dan baik. Tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman...."
No comments:
Post a Comment