Friday, October 26, 2012

Berpeganglah pada TANGGUNGJAWAB

Lama betul tak jenguk blog ni...sawang habis! Bercerita tentang tanggungjawab, buat saya terkedu seketika...Tanggungjawab terlalu banyak. Tanggungjawab sebagai HAMBA ALLAH, ANAK, PELAJAR, KAWAN, SAHABAT....Semuanya berat...

Mari menjadi HambaNYA
    Terlalu banyak jawatan atau sibuk dengan kerja boleh buat kita lupa pada DIA. Bila tersungkur, DIA pasti yang pertama yang muncul di benak...Muhasabah diri,adakah kita menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya?
                        "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku."



Memang terang,jelas lagi nyata Allah bagi tahu bahawa matlamat utama kita dihudupkan adalah untuk beribadah pada Allah. Kalau sebut ibadah pasti akan terfikir solat,puasa...TAPI!Ibadah juga merangkumi segala amal kita dengan disertakan niat kerana...ALLAH. Tidur kerana Allah, main kerana Allah. Kata Sir Abdoh, main VT pun adalah satu IBADAH kerana pemainnya bermain kerana ALLAH. Menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin dan kerana Allah itu juga adalah ibadah. So, mari kita baiki niat, baharui niat, segalanya kerana ALLAH. Ikhlaskan hati!

Laksanakan pemberianNYA
    Tahun 2012 merupakan tahun yang terlalu singkat dan yang tahun yang paling banyak diberi amanah. Sesekali saya tersungkur. Namun, kehidupan di bumi wakafan itu buat saya terus kuat menjalankan amanah. Kadangkala, amanah buat saya jauh dari dia. Mujur ada yang 'memegang' kembali ke jalanNya.
Junior,senior pernah tanya,
"Kenapa ummu tak jadi ********?" Soalan tu pernah buat saya lupa DIA. Tapi, itu dulu... Kenapa? Sebab...
"Ana tak mampu untuk amanah yang terlalu berat tu.Maka, ana bukanlah pilihan ALLAH."
Jangan diminta tanggungjawab melainkan untuk membantu. Jangan ditolak andai diberi kerana kamu pilihan Allah.....

sumber:langitilahi.com
                                                                 
           Sahabat-sahabat saya yang diuji dengan tanggungjawab,sungguh saya tabik spring sama mereka. Kalau saya dikutuk di khayalak ramai pasti bercucuran air mata takpun dah makan penampar orang tu...Tapi, mereka kuat kerana mereka pilihan ALLAH..... Laksanakan amanah Allah sebaiknya. Amanah kita tanda percaya manusia pada kita,tanda sayang Allah pada kita.
                    "Bagaimana mereka berkata 'kami telah beriman.' Sedang mereka tidak diuji."



p/s:Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, berdiri di atas bakat sendiri..(melodi~)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...