~In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful~
27 November 2012
Ummu:" Syani, jom pi Kangar Jumaat ni?"
Syazni:"Esok la..Esok ramai nak keluar."
Ummu:"Hurm..okeylah..tapi, kmi tumpang hmpa la ek?"
Syazni:"Okeyh jea.."
Ummu:"Sapa lagi yg pi esok?"
Syazni:"Sal,Li,Ilyna,Ain.."
Ummu:"Ouh..ok!"
Coversation ringkas dengan Cik Syazni Nazihah pada malam 27 Nov..
28 November 2012
8.30 pagi
"Kakak,janji dengan Syazni pukul berapa?" Soal ummi pada pagi yang indah tu sambil tangan sibuk goreng cucur.
"Sembilan.." Mata masih tertutup (jangan contohi.tak baik!)
"Dah tu?Yang dok golek2 kat sini kenapa?Siap la cepat. "Tiba-tiba ummi muncul di ruang tamu. Saya segera bangun. Handphone dalam bilik dicari..
" Syani,lambat sikit boleh?"
"ok.." Syani..Syani..semua ok.Hahaha.. I love you!
9.00 pagi:
" Ummi,cucur apa ni?" Mulut dok menguyah sambil usha-usha cucur.
" Entah..main campak-campak ja.." Jawab ummi sambil menikmati sarapan. Just two of us. Macam setiap pagi...
9.30 pagi:
Kayuh basikal dengan relaksnya ke Kuartes Guru SMKTS (rumah Syani). Dalam hati dok fikir macam-macam..
"Macam nak buang ja basikal ni...Haih..syukuri apa yang ada~"
"Hari ni paper apa?"
Ketibaan disambut oleh Makcik Rose a.k.a mak syani. Duduk relaks dulu..Penat!
Area pukul 10 baru bertolak ke KANGAR.
10.15 pagi:
Buka pintu library,nampak:
Dini, Ilyna, Falahi, Ain
Sal? Tuisyen...
Dalam tempoh tu,usaha siapkan folio Chemistry...
12.30 tengah hari:
" Lapaq la..." Semua yang kat meja bulat tu,pandang.
"Apa? Betul la.." Betul la saya lapar!
" Sabaq la sat.. Kita tunggu Ain dengan Sal." Jawab Syani. Ain, Sal + tuisyen = 1.15 baru abes! Haih,demi sahabat...
1.00 petang
" Jom naik surau!" Saya bangun dari kerusi. Earphone dicabut. Perut dah nyanyi lagu HARU HARU ni!
Nak solat zohor pun ada drama! Adoyai,macam-macam la hampa ni... Duduk dalam saf elok-elok pun boleh gelak... Dah la weyh, nak dating ngan Allah pun tak serius. Ceh,kata orang...kita pun sama! lapaq ni. Cepat solat,cepat makan!
1.30 petang
Ummu, Syani, Falahi, Ilyna tunggu Ain gi 'jemput' Sal kat tuisyen. Masuk dalam The Store,
" Tak solat lagi ni... Solat dah?" Salsabila Zanudin buat saya terlopong... Adeh..haih la perut sabaq la sat... Demi sahabatmu.."
Habis Sal solat, bermulalah perjalanan untuk cari tempat makan. Sampai satu spot, "Penuh!"
Tiga tempat jejak, "Penuh!"
Akhirnya, medan makanan kat tepi tangga The Store tu jugaklah...
| syani,awat tutup mata? |
| Dini usha orang yang asyik ber'sms' |
Habis makan,tak nak balik library lagi. Kita pusing-pusing dulu The Store. Jalan dengan Salsabila,bila jumpa kasut:
"Ummu,kata nak belanja ana?" Buat muka comel sambil tunjuk kasut.
" Ana cakap bila ana jadi doktor. Bukan sekarang la sayangku~"
" Sal,bila Ummu jadi doctor nanti,minta yang paling latest tau." Ain pulak makin menggiat Sal.
" Eleh,setakat 100 ringgit tu tak luaknya gaji doctor.." Ces, riak pulak..
Sambil-sambil window shopping tu, banyaklah drama yang berlaku. Antara paling tersentuh sekali:
" Waa..cantik la diari ni!" Tanpa disedari,tangan ni cepat je ambil diari kaler PINK. Sal, Falahi, Ain, Ilyna semua pandang serentak. Apa kes?
" Sejak bila Ummu pandai cakap kaler PINK tu cantik?" Ilyna sengih. Erk!
" Silap ambil ni. Nah, ambil yang ni!" Falahi ambil diari PINK dan diganti dengan diari BIRU. Pastu, kita pulak kena gelak. Well,saya tahu saya memang tak feminin. Kaler PINK buat saya nampak sangat ANEH!
Area pukul 3 macam tu baru la kami berangkat balik ke library. Tapi,mood nak siapkan folio Chemistry tu dah gone with the wind~
So, kaki ni pun menapak la ke bahagian 'Fiksyen Bahasa Melayu' a.k.a novel~
Usha punya usha,last-last jumpalah novel yang dicari:
" MIKHAIL"
" HIJAB SANG PENCINTA"
(Ramlee Awang Murshid)
Namun, mood baca novel pun tak muncul...
Last2, kacau orang jugak la yang best!
No comments:
Post a Comment