IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL~
Blog yang dah terlalu lama tak diupdate -_-
3 bulan pertama di MATRI yang penuh cerita...
SENIOR VS JUNIOR
4 Januari 2013, lepas maghrib~
Kaki saya menapak ke bilik waden. Taktau kenapa, jantung ni berdegup laju sangat. Tapi, saya abaikan saja.
Buka pintu nampak Kak Athirah Anwar. " Kak Athirah, ana dorm mana?"
"Dorm oren." Selamba muka Kak Athirah. Saya terlopong. 0o0.
Dorm oren mean dorm Hafizah = budak form one!!!! TIDAK! Nak nangis..
"Siapa lagi form 5?" Tanya saya lagi.
"Falahi." Mendengarkan nama itu, saya sedikit lega.
Hari pendaftaran tingkatan satu merupakan hari paling sibuk.
Bukan anak-anak yang sibuk, tapi, mak-mak. Biasalah tu majoritinya baru masuk asrama.
"Adik, anak makcik ni tak boleh tidur katil atas, takut jatuh.."
" Adik, locker ni tak boleh tukar ke?"
" Adik nanti nak mandi kat mana?"
" Adik nanti nak mandi kat mana?"
Macam-macam lagi la soalan. Saya cuba menjawab dengan sebaik mungkin. Letih hingga ke malam! 2 orang senior bersama 52 orang junior. Argh!!! Takpe2 ada hikmah Allah susun semua ni...
Yang paling saya geram sekali bila junior-junior datang pastu cakap:
"Kak, kunci locker saya tertinggal dalam locker."
Terpaksa pecahkan engsel yang kami pasang sendiri tu. Waduh,dik! Akak dulu buat sendiri semua ni tau tak? Hesh...
Selang dua minggu lepas tu, adik-adik form 4 pula masuk. 8 orang. Amboi, 4 kali ganda ramai dari form 5!
Kenangan yang paling tak boleh dilupakan bila adik2 sambut birthday. Memang saya dah boleh agak apa yang adik-adik ni buat. Tapi, saya buat-buat tak nampak. Malam 2 hb tu lampu sengaja ditutup awal. 10.30 kot! Alhamdulillah katil depan tingkap. Dapat la jugak cahaya lampu koridor untuk study. Pastu dengar la suara orang menyayi lagu happy birthday sambil bawak kek dan torchlight untuk ganti lilin. Takleh blah la korang~ Terharu giler ar time tu. Dah first time duduk dengan adik form 1. Pastu depa sambut birtday kita lagi. Sebelum potong kek tu, saya perasan sesuatu yang tertulis atas kek tu.
" HAPPY SWEET 13."
Err... Sis, I'm 17 okay. Hahahaha whateverlah! Janji dapat kek. Palin bermakna sekali bila adik2 form 4 nyanyi lagu special. Ececece,, sebak kot.
BAHAS ALA PARLIMEN
Dari tahun 2012 lagi saya dah diberitahu yang saya dan 4 orang lagi akan mewakili sekolah untuk bahas. Tapi, semakin dekat tarikh pertandingan tu, makin rasa macam nak lari. Seminggu sebelum pertandingan macam-macam yang kami lalui. Ganggu emosi!
Akhirnya, saya, Aliyah, Afiqah, Najwa dan Zuhaidah yang dipilih Allah untuk memikul tanggungjawab ni.
Alhamdulillah kami melepasi peringkat awal. Mara ke peringkat suku akhir. Lawan untuk latihan kami adalah pelajar putera. Seriously, saya memang alah dengan pelajar putera. Cikgu Azizan, Cikgu Najihah, Cikgu Asma' Amani, kawan-kawan saya perasan perubahan saya. I'm NOT me bila berhadapan dengan mereka. Bila sampai giliran saya untuk bercakap, saya tak dapat rasa kaki saya. Memang ketaq habis la nak habaq mai!
Alhamdulillah, kami mara ke peringkat separuh akhir untuk zon utara negeri Perlis. Pasukan lawan dari SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah. 3 Menteri utama adalah lelaki. Oh My Allah! Dahlah suara bak halilintar ditambah dengan saya yang tengah demam waktu tu. Memang rasa macam nak pitam je. Walaupun kami tewas peringkat ni, tapi saya bersyukur sangat la. 3 minggu berturut-turut otak, dan stamina semua dicurahkan untuk pertandingan ni. Alhamdulillah, komen cikgu-cikgu agak menenangkan hati saya. Kata cikgu, saya yang paling tenang. Dah banyak senyum berbanding sebelum-sebelum ni.
3 minggu bersama geng debate cipta banyak kenangan. Tidur pukul 2 pagi semata-mata cari isi hujah. Lepak dorm Afiqah yang kat atas puncak paras 4 tu. Cikgu, Izzah Husna, Cikgu Najihah dan Cikgu Asma' Amani yang banyak cari maklumat untuk kami. JASAMU tak terbalas, Cikgu!
PEWARIS 8
Perkhemahan Remaja Haluan Kebangsaan ke 8 (PEWARIS 8) yang berlangsung 10-12 Februari di Tok Bali, Kelantan membawa pulang banyak kenangan untuk saya. Bertemu Syahiidah yang kini di SMAKL mengubat rindu saya pada dia. Cerita-cerita dia pada hari pertama di sana buat kami lupa untuk makan.
PEWARIS, lain dari biasa. Ice Breaking dan Team Building yang selalu dilaksanakan di tapak kem tapi, kami pula ke Terengganu. Double WOW! Seronok... Perjalanan dari MATRI sehari awal.Suhu bas yang kami naik tu memang sejuk sangat.Menggeletar habis la. Tepat 2 pagi, saya terjaga bila handphone bunyi. "Pakcik Ghazali."
" Assalamu'alaikum. Ummu, sekarang kat mana?" Tanya Pakcik. Perlahan saja suaranya. Letih barangkali.
" Er... Rasanya dah masuk Kelantan, pakcik. Mungkin pakcik driver tu tengah cari tempat tu." Jawab saya. Sedikit menggeletar. Sejuk~
" Oklah. Pakcik call cikgu Azmi tadi. Dia tak angkat. Tidur kot." Segera saya jenguk ke depan. Ya, cikgu tidur. Kemudian, pakcik matikan talian. Cuba hubungi Cikgu Azmi sekali lagi.
Sesat, sesat, sesat~
3.15 pagi. Baru kami tiba di pintu masuk chalet Tok Bali. Peserta pertama tiba. Pengalaman-pengalaman tak mampu dicoret dengan perkataan. Tak mampu diungkap dengan kata-kata. Biarlah gambar yang menceritakan~
MUTIARA MURABBI
Orang yang hidup dalam lombong emas takkan dapat hargai nilai emas selagi dia tak keluar dari situ.
MATRI. Penuh dengan murabbi - murabbi yang hebat.
Ustaz Abdul Hadi: Ustaz mengajar kelas saya di tahun pertama di sini dan tahun terakhir di sini. Tahun ni, bleh dikatakan hampir setiap pagi ustaz akan bagi tazkirah. Sapa tidur, rugi! Orang lain panggil ustaz berbayar, kita dapat free je.
Walaupun ustaz nampak sederhana, bila ustaz cerita masa ustaz muda dulu, tabik spring la, ustaz! Travel sana sini. Apply masuk Oxford University kot. Jumpa pemimpin Islam hebat-hebat macam Ustaz Khairul.
Ucapan kalimah akhirah oleh Sir Mohd Abdoh tadi betul-betul membangkitkan semangat. Saya yang pada mulanya mengantuk terus segar bila dengar suara Sir Abdoh.
Kata Sir Abdoh, di MATRI ibarat berada di medan jihad. Imej MATRI adalah imej ISLAM. Anak- anak MATRI kena cemerlang pelajaran, akhlak. Biar seluruh dunia kenal Islam dengan imej baik ISLAM. Sayang betul saya tertinggal buku catatan.
SPM 2012
Akhir sekali nak ucap TAHNIAH, MABRUK 'ALAIK pada senior 95. Especially KAK WAWA. Hhehehe.. Tahniah, 9A+...
Sembang2 dengan Kak Wawa lepas habis kelas Chemistry khamis haritu akan kami ingat sampai bila-bila!
kata Kak Wawa, jaga hak ALLAH maka Allah akan jaga hak kita. Apa yang kita ada, terus beri pada orang lain dan Allah akan beri yang lebih baik!
.jpg)

1 comment:
Ummu Amani!
May Allah bless our next moves..
Menulislah kerana Allah..
Study mesti NO1, tapi tarbiyyah bukan NO2!
Syg fillah..
Post a Comment