3 minggu menyepi dari dunia maya, 22 hari jauh dari rumah sendiri.
Finally, I'M HOME!
JDK merupakan cerita disebalik cerita. Tapi, ini qada' dan qadar Allah yang memang dah tercatat untuk aku.
13 Disember 2013
Pejabat KORAHMAH PERLIS
ToT KaSEH
One message received
" nak pi JDK tak?" Zue Zack a.k.a Zuhaidah Zakaria
Terangkat kening aku bila baca mesej ni. Belum sempat aku reply Zuhaidah dah call.
Sedaya upaya dia pujuk aku. Tapi, aku tetap kata 'tak!'
For me, no means no.
Bila aku letak phone, Salsabila tanya kenapa Zu call. Sal kata,
" Call Zu balik. Minta dia bagi masa untuk fikir."
Bincang punya bincang, aku decide untuk pergi JDK.
Jadi, aku balik awal dari ToT untuk pack barang. Perjalanan bermula 14 Disember 2013, 12.00 tengah hari.
Sebuah van yang dinaiki 8 orang pemudi yang berkobar-kobar mahu mengutip mutiara.
Ain, Tinan, Falahi, Firdaus, Jihah, Zu, Syani dan aku.
Sepajang perjalanan aku lebih selesa diam dan tengok keluar tingkap. Tak tahu kenapa, rasa berat, rasa bersalah... Segalanya bercampur baur.
Kami dihantar oleh Ustaz Mahadzir a.k.a ketua warden asrama MATRI ditemani dengan Cikgu Saiful Rahman.
Perjalanan yang menyeronokkan.
Ustaz tanya,
"Nak tengok MASDAR baru?"
"NAK!!"
![]() |
| waktu kami pergi, masih belum dicat. |
![]() |
| Moga melahirkan insan cemerlang tarbiyah dan akademik! |
Di Penang, ustaz bawa ke SMA IBRAH.
First batchnya setahun muda dari kami. Tingkatan 5 2014.
Dari Perlis ke Perak yang sepatutnya tak lama pun perjalanan jadi terlalu lama. Sebab banyak persinggahan.
Terima kasih, USTAZ! Syok gila nak habaq mai~
Cerita JDK untuk 3 minggu memang tak pernah habis untuk diceritakan.
Penghargaan khas buat kakak-kakak yang disayangi kerana ALLAH,
Kak MARYAM KAMILAH, Kak SYUDA, Kak AYUNY yang sudi menjaga diri ini saat diuji dengan kesakitan. Paling aku suka bila kena marah sebab makan durian dan rambutan banyak gila sedangkan waktu tu masih demam.
Rasa disayangi,.
" Ummu, berapa kali Kak Maryam cakap? JANGAN MAKAN DURIAN!"
" Makan la... Sakit lagi, Kak Syuda tak mau jenguk pun."
Hehehe... Suka betul kena marah.
Seriously, bosan tahap petala langit ketujuh bila demam kat kem. Duduk terperap dalam bilik sorang-sorang.
Tidur, bangun, tidur, bangun, makan.
Aigoo... bisa senteng (gila) dibuatnya!
Hari ketiga di sana, aku jatuh terduduk atas batu sungai. Sakitnya yang amat!
Atas nasihat doktor Daniel Chia,
aku terlepas flying fox, night walk, jungle trekking.
Uwaa, first camp aku terlepas segala aktiviti outdoor tu!!
Sepanjang 3 minggu tu juga, peserta puteri ramai yang menangis. Sedih, sebab Azian dan Haziqah tak dapat teruskan bersama kami. Sebak sebab dengar suara Abang Azri (kem komanden yang macam abang sendiri) yang balik sebab mesyuarat untuk 3 hari. Sedih bila tengok peserta putera buat persembahan. Sedih, bila Azhar Hilmi nyanyi lagu 'Sahabatku' lagu asalnya 'Sedetik Lebih' oleh Anuar Zain.
Aku? Tak reti nak menangis.
Pagi hari terakhir tu kawan-kawan aku buat bet tengok aku nangis ke tak waktu nak balik nanti.
Guess what?
Aku orang pertama nangis bila sesi salam sunnah. Nangis bila Kak Maryam peluk. Tudung aku basah dengan air mata kawan-kawan aku.
And here, KHAULAH AL-AZWAR, kumpulan aku!
lagu kumpulan yang diciplak dari Platun Khaibar Puteri MATRI:
when we're together,
we will be stronger,
they call us champion,
because we are Khaulah,
we never go down, we never go down.
Oooo, oooo..
*Wavin' Flag~
G double O- D- J- O- B!
GOOD JOB, KHAULAH GOOD JOB!
(Platun Qadisiyah Puteri MATRI)




No comments:
Post a Comment