Monday, March 3, 2014

Hei bro, STOP it lah!

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Setelah agak lama buat research, rujuk blog sana-sini maka keluarlah artikel ini! Hehe..
Sepanjang sesi pembelajaran aku di sebuah sekolah memandu di negeri aku ni,
aku dapati, most of the men are
SMOKERS.
Waduh, muka kacak, pakai kemas, cakap pun gentle, tetiba merokok. Apakah -_-

Aku faham, bila dah terbiasa dengan sesuatu tabiat tu memang susah nak buang. 
Tapi, kita boleh usaha kan?
Alhamdulillah, family aku cuma seorang ja bapa saudara yang merokok.

So, di sini aku sediakan tips-tips yang top yang aku search kat internet.


1. DOA
Allah yang hidupkan kita, Allah yang mematikan kita, Allah yang beri kita tabiat tu, so,
Allah juga akan buang tabiat tu dari sesorang kan? 
Setiap kali lepas solat, atau bila-bila masa saja, mohon saja pada Allah!



2. THINK POSITVE!
Fikirkan diri sebagai seorang yang bukan perokok. Sekiranya ada pelawaan, katakan kepada rakan anda itu "Saya tidak merokok".
Apa yang kita fikir, kita ucap dan kita sematkan dalam hati hakikatnya mempengaruhi diri kita sendiri.
So, teruskan berkata pada diri,
SAYA BUKAN PEROKOK!



3. NOTA GALAKAN ATAU PERINGATAN
Aku pernah buat zaman SPM dulu (cewaahh, macam lama sangat tinggal sekolah~).
Lekat sticky notes, nota pelajaran, doa, mind mapping kat mana saja yang aku boleh nampak.
Mostly atas meja aku kat kelas. Dalam locker, atas syiling (sebab aku duduk katil atas dulu).

kalau rajin guna PC atau laptop pun boleh lekat kat situ.

"JANGAN MEROKOK HARI INI."
takpun, kalau tak boleh berhenti tiba-tiba,
"HANYA 1 BATANG SEHARI."
Haa... try lah!

"MEROKOK SATU JENAYAH!"
Well, kalau kau merokok dah di kira criminal la kan? 


4. PUASA
Secara puratanya kat Malaysia kita berpuasa 13 jam sehari (erk, lama jugak rupanya!).
So, untuk mengurangkan tabiat merokok tu anda semua boleh berpuasa!
Sebab kalau ikut syara' pun, merokok membatalkan puasa.
Selain dari boleh tahan diri dari merokok, boleh juga jaga percakapan, perbuatan dan tingkatkan ibadah pada Allah.

indon pun indon laa.. janji paham kan?

5. BANYAK MINUM AIR



Sky Juice a.k.a air kosonglah yang terbaik!
Elakkan dari minum kopi, nescaffe, tea, cola atau apa-apa yang mengandungi kaffein.
Sebab akan buatkan seseorang tu nak merokok lepas minum. 
Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari juga akan menyihatkan badan.


9. KUNYAH SESUATU
Aku pernah baca kat majalah juga pasal ni. Cara terbaik ialah kunyah chewing gum atau gula-gula getah.
Chewing gum bukan saja dapat menghentikan tabiat rokok tapi dapat menghilangkan gabra atau cuak (aku pernah buat.haha)

bukan la nak promote novel hilal ke apa.. tapi, watak utamanya perokok tegar. dan akhirnya boleh merubah dunia.

Selain dari kunyah chewing gum, boleh jugak gigit carrot ke, apple ke, atau apa-apa yang manis naturally.
Buah la terutamanya. Juga menyihatkan tubuh badan.

An apple a day, keep the doctor away. A page of Quran a day, keep the syaitan away!



10. BERIADHAH

العَقْلُ السَّلِيمُ فِي الجِسْمِ السَّلِيمِ
Akal yang sejahtera berada pada tubuh yang sihat.

Aku yakin, semua smokers tahu yang rokok tu boleh membunuh.
Sebab kat kotak rokok tu sendiri pun ada terpampang.

Katalah, kau merokok tapi atlet.
Okaylah kan? Atlet. Takpun jogging tiap petang. Main bola ke, badminton ke.
Tapi merokok.
Samalah macam kau minum racun lepas minum ubat.
Ada effect ke?
Eh, ada... Effectnya kau akan sakit lagi teruk laa bro!

So, banyakkan beriadhah. niatkan riadhah tu untuk sihat.
Bila sihat, boleh buat kerja yang produktif dan proaktif.
So, cepat naik pangkat, Allah pun sayang! Haha, kaitan~


Last but not least,
datanglah seribu manusia pun untuk menasihati sesorang kalau hatinya kata tak mahu, memang takkan jadi apa jugak.
Namun, yang paling penting ialah DOA!
Doa banyak-banyak pada Allah. Doalah agar Allah ubah sikap kita ^_^








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...