Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Monday, April 7, 2014

THEM

'Oh, dah dekat sebulan rupanya.'
*sambil kira hari di kalendar*

Result SPM baru keluar beberapa hari lalu.
Beberapa hari sebelum result SPM diumumkan, memang dah minta banyak kat Allah supaya dapat didik hati untuk redha.

Sehari sebelum result diumumkan jawatankuasa batch buat satu program.
FIFA. Foster Iman For All.
Bertemakan Iman dan Ukhuwah.

Alhamdulillah, banyak sangat yang dapat dari awesome speakers.
Tapi, paling best dapat spent time dengan sahabat-sahabat yang lama sangat tak jumpa.
Ehehe.. Sebenarnya tak ada lah lama sangat pun.
Mungkin rindu sangat kot.
Malam tu tidur ramai-ramai macam kat musolla dekat 'white house' a.k.a rumah pakcik Huzaidi.
 Rumah tu betul2 sebelah ASPURI.
Dahla sejuk, selimut tak dak.
*budak mengada, macam nilah!

Sebelum tidur sempat lagi bermanja-manja, bergurau-gurau dengan sahabat.
Tengok video ramai-ramai dalam tab aku yang kecik tu.
Paling best, tengok video Matlutfi90 yang baru tu. Buat Kepala.



Then, keesokan harinya tibalah masa yang ditunggu-tunggu.
Hari Pengumuman Result SPM.
Aku ni bukanlah jenis yang senang dup dap dup dap sangat pun..

Tapi hari tu memang jantung aku rentak dia memang lari dari track sungguh.
Makin dahsyat jantung buat perangai bila pukul 10 pagi.
Aduh, memang tak boleh kawal langsung!
Tengok crush aku pun tak dup dap dup dap gini. *Eh, ada crush? joking! Bohong gila ni~

Lebih kurang sejam lepas tu, baru la result sampai kat sekolah.
Suddenly, tenang terus jantung aku. Eh, aneh!

My Mom panggil sendiri nama untuk ambil slip.
Memang lagi cuak lah!

Sebelum tu aku sempat buat overall view dekat kawan-kawan yang dah ambil slip.
ekspresi wajah yang pelbagai.
Ada yang tengok result terus 'hujan'.
Ada yang bola mata gerak-gerak (kira berapa ketul A ada atas slip dia.).
Ada yang terpaku tak terkata apa terus.

Dan... aku pula, speechless.
As expected. Memang tak banyak.
Ajaibnya, langsung tak jatuh walau setitik air mata.
Aku pelik, kawan-kawan lagi lah pelik.
Sebenarnya tak adalah ajaib binti pelik pun.

Aku memang doa sungguh-sungguh kat Allah supaya boleh redha dengan apa saja yang aku dapat.
Guess what? Allah dengar dan terus makbulkan! Wohooo!

Tapi, hati manusia manalah yang tak diuji kan?
Mula la bisikan-bisikan jahat kat minda, jiwa dan hati ni.

"Kalau aku masuk kelas sastera dulu, konfem lagi flying colours."

"Kenapalah aku masuk science stream tah? Inilah akibat tak istikharah! Dush, dush, padan muka!"

Kelemahan aku paling besar ialah air mata sahabat-sahabat aku.
Sepanjang 5  tahun aku kat MATRI, seriously tak ada siapa pun tau!
Sebab aku ni jenis buat tak tahu ja kalau sahabat-sahabat aku nangis.
Tapi hakikatnya aku turut menangis... dalam hati. Ehehe.

Adatlah bila result keluar ni konfem ada yang nangis.
2 je sebab. samada tak boleh terima keputusan ataupun terlampau gembira.

Sorang sahabat aku ni. Lain aliran.
"Kite tak nak nangis, tak nak nangis. Kenapa awak tak nangis? Kuatnya awak."
Aku senyum then usap bahu dia, terus banjir!
Wadduh, payah!

"Kekuatan Allah bagi untuk setiap manusia kan berbeza. Kekuatan anti kurang, ana tolong tambahkan. Ana lemah, anti kuatkan."

Tamat saja sesi penyerahan slip SPM, masing-masing membawa haluan sendiri.
Budak-budak yang duduk jauh, ambil peluang jalan-jalan Perlis. Mungkin nak datang balik susah.
Lepas tu, pakat isi UPU.
Pilihan masing-masing.
Ada yang nak sambung lagi di MATRI a.k.a Marhalah Khassah, ada yang mungkin ke Darul Quran.
Atau mungkin ada yang sambung ke luar negara.
Takkan kumpul ramai-ramai lagi lepas cuti yang lama macam setiap tahun.
Kalau kumpul pun mesti tak cukup.
Takkan ada lagi suara-suara 19 generation yang menempik adik-adik atas musolla dan DM.
Takkan ada lagi 'geng sayap.'
Takkan ada lagi sesi minum kopi ramai-ramai.
Takkan ada lagi sesi berebut giliran guna washing machine.


Sebenarnya, kisah di sebalik tabir result SPM hanyalah selingan semata-mata. Wahaha.


Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah.
Walaupun aku membesar di situ, tapi aku rasa hidup aku baru bermula 5 tahun lepas.
Intake form 1 2009.

Masa form 1 baru aku kenal tarbiyah, baru kenal dakwah tu benda apa.
Bila dah keluar, dah jadi officially lepasan MATRI,
baru aku rasa betapa bersyukurnya aku masuk MATRI.

Sedangkan, senior-senior dulu asyik ulang
"Hargai apa yang dapat kat sini. Bukan senang nak cari tempat yang 'memberi' tarbiyah. Orang lain cari tarbiyah, hidayah. Sedangkan kita disuap."

Memang dengar. Tapi, buat tak tahu. Sebab masih tak rasa realiti sebenar.

Bila baru few month jejak dunia luar (walaupun aku ni asyik melekat aja kat MATRI),
baru aku tahu yang MATRI ni rupanya bi'ah solehah masih kuat. Rupanya Murabbi Mithali ramai sangat.
Rupanya manhaj rabbani masih pekat. Dan ukhwahfillah lillahitaala memang niatnya sampai ke syurga.

Macam mana nak cerita pun aku tak tahu.
Mungkin kena rasai sendiri.

Allah beri hati, jiwa setiap manusia berbeza.
Ada orang suaplah berapa banyak tarbiyah pun, kalau dia tak nak memang apa pun tak boleh isi.
Ada orang ambil masa bertahun untuk rasai tarbiyah.
Ada orang Allah beri kejap aja dia hayati tarbiyah tu. Terus boleh aplikasikan.

Kenapa aku kata ukhwah di MATRI niatnya sampai ke syurga?
SAHABAT-SAHABAT aku bukti paling kukuh.

Pernah aku rasa down gila.
Mengeluh sikit aja di group chat WhatsApp, terus ada yang tegur.
Mereka tak pernah paksa aku cerita.
Tapi, pujukan mereka serius buat aku jatuh chenta, sayang, semua ada!

"Tak apa, kita jadi solehah sama-sama."
"Allah nak tarbiyah anti tu. Sebab tu Dia 'ketuk' anti kuat sikit. Kalau perlahan, macam mana nak rasa kan?"

Sahabat yang sayang sampai syurga ni bukan datang dengan ayat-ayat pujukan saja.
Allah beri cukup pakej.
Memang tak ada yang sempurna.
Sebab tu Allah ciptakan sahabat yang lain saling melengkapi.

Datanglah 10 yang lain, takkan sama dengan seorang pun dari mereka.
Mungkin kadang menyakitkan hati.
Tapi, apa lah sangat nak dibandingkan kebaikan mereka pada aku.

Harapan aku,
Allah akan kekalkan perasaan 'Sayang Sampai Syurga' kami ini hingga ke SYURGA.







Friday, January 10, 2014

The memory, last forever!

3 minggu menyepi dari dunia maya, 22 hari jauh dari rumah sendiri.
Finally, I'M HOME!

JDK merupakan cerita disebalik cerita. Tapi, ini qada' dan qadar Allah yang memang dah tercatat untuk aku.

13 Disember 2013
Pejabat KORAHMAH PERLIS
ToT KaSEH

One message received
" nak pi JDK tak?" Zue Zack a.k.a Zuhaidah Zakaria
Terangkat kening aku bila baca mesej ni. Belum sempat aku reply Zuhaidah dah call.
Sedaya upaya dia pujuk aku. Tapi, aku tetap kata 'tak!'
For me, no means no.

Bila aku letak phone, Salsabila tanya kenapa Zu call. Sal kata,
" Call Zu balik. Minta dia bagi masa untuk fikir."
Bincang punya bincang, aku decide untuk pergi JDK.

Jadi, aku balik awal dari ToT untuk pack barang. Perjalanan bermula 14 Disember 2013, 12.00 tengah hari.

Sebuah van yang dinaiki 8 orang pemudi yang berkobar-kobar mahu mengutip mutiara.
Ain, Tinan, Falahi, Firdaus, Jihah, Zu, Syani dan aku.
Sepajang perjalanan aku lebih selesa diam dan tengok keluar tingkap. Tak tahu kenapa, rasa berat, rasa bersalah... Segalanya bercampur baur.

Kami dihantar oleh Ustaz Mahadzir a.k.a ketua warden asrama MATRI ditemani dengan Cikgu Saiful Rahman.
Perjalanan yang menyeronokkan.
Ustaz tanya,
"Nak tengok MASDAR baru?"
"NAK!!"

waktu kami pergi, masih belum dicat.


Moga melahirkan insan cemerlang tarbiyah dan akademik!
Selamat tinggal Kedah, hallo Penang!

Di Penang, ustaz bawa ke SMA IBRAH.
First batchnya setahun muda dari kami. Tingkatan 5 2014.

Dari Perlis ke Perak yang sepatutnya tak lama pun perjalanan jadi terlalu lama. Sebab banyak persinggahan.
Terima kasih, USTAZ! Syok gila nak habaq mai~

Cerita JDK untuk 3 minggu memang tak pernah habis untuk diceritakan.
Penghargaan khas buat kakak-kakak yang disayangi kerana ALLAH,
Kak MARYAM KAMILAH, Kak SYUDA, Kak AYUNY yang sudi menjaga diri ini saat diuji dengan kesakitan. Paling aku suka bila kena marah sebab makan durian dan rambutan banyak gila sedangkan waktu tu masih demam. 
Rasa disayangi,.
" Ummu, berapa kali Kak Maryam cakap? JANGAN MAKAN DURIAN!"
" Makan la... Sakit lagi, Kak Syuda tak mau jenguk pun."
Hehehe... Suka betul kena marah.

Seriously, bosan tahap petala langit ketujuh bila demam kat kem. Duduk terperap dalam bilik sorang-sorang.
Tidur, bangun, tidur, bangun, makan.
Aigoo... bisa senteng (gila) dibuatnya!

Hari ketiga di sana, aku jatuh terduduk atas batu sungai. Sakitnya yang amat!
Atas nasihat doktor Daniel Chia,
aku terlepas flying fox, night walk, jungle trekking.
Uwaa, first camp aku terlepas segala aktiviti outdoor tu!!


Sepanjang 3 minggu tu juga, peserta puteri ramai yang menangis. Sedih, sebab Azian dan Haziqah tak dapat teruskan bersama kami. Sebak sebab dengar suara Abang Azri (kem komanden yang macam abang sendiri) yang balik sebab mesyuarat untuk 3 hari. Sedih bila tengok peserta putera buat persembahan. Sedih, bila Azhar Hilmi nyanyi lagu 'Sahabatku' lagu asalnya 'Sedetik Lebih' oleh Anuar Zain.
Aku? Tak reti nak menangis. 

Pagi hari terakhir tu kawan-kawan aku buat bet tengok aku nangis ke tak waktu nak balik nanti.
Guess what?
Aku orang pertama nangis bila sesi salam sunnah. Nangis bila Kak Maryam peluk. Tudung aku basah dengan air mata kawan-kawan aku.

And here, KHAULAH AL-AZWAR, kumpulan aku!



 lagu kumpulan yang diciplak dari Platun Khaibar Puteri MATRI:

when we're together,
we will be stronger,
they call us champion,
because we are Khaulah,
we never go down, we never go down.
Oooo, oooo..

*Wavin' Flag~

G double O- D- J- O- B!
GOOD JOB, KHAULAH GOOD JOB!
(Platun Qadisiyah Puteri MATRI)







Friday, December 13, 2013

Selamat Tinggal Sekolah (Bahagian I) !

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

Setelah berbulan lama aku tinggalkan dunia blog, akhirnya aku kembali!
sekarang, officially aku dah menamatkan dunia persekolahan dan aku rindu gila tahap INFINITY pada zaman sekolah.

Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)



SPM satu-satunya exam yang aku takkan ulang kalau diberi peluang sekali pun. Tobat susah dan kena struggle sampai otak pun kadang-kadang tak betul.

Dah menjadi tradisi untuk semua pelajar MATRI sebaik sahaja tamatnya SPM untuk adakan
Program GRADUASI.
Banyak halangan dan dalam masa yang sama ia mencipta kenangan yang memang takkan dilupakan sampai bila-bila.
Malam 4 Disember 2013 merupakan malam graduasi untuk puteri saja. Jadi, biro aku: Biro Persiapan dan Teknikal berkolabrasi dengan biro Syani: Biro Tugas-Tugas Khas.

Teknikal dan Persiapan 

Ummu Aiman binti Azmi
Liyana Hakimah binti Zakaria
Haziyah Nazifah binti Busro
Nur Ilyna binti Mos Sahid
Nur Farina binti Nazeri
Nur Farihin binti Ahmad Khadri
Ummu Habibah binti Johari


Tugas-Tugas Khas

Norsyazni Nazihah binti Kamal Baharin
Siti Nurul Raudhah binti Mashuki
Nurul Iman binti Wazin
Nur Atiqah binti Nor Azizan
Maryam Jamilah binti Azizi
Khairussakinah binti Nor Hassan
Khairatun Hisan binti Mohammad Amjaduzzahwi

Dalam pukul 12.30 (4 hb) camtu kami start la operasi untuk malam Shining Moment. Mula-mula dok merapu sana-sini. Biasalah, awal-awal memang takda idea. Conteng sana, lukis sini. Merapu sini, gelak sana.
Yang paling tak boleh blah, gunting dan jahit tudung sambil operasi. Adoyai!!

Bila idea dah datang tu, mula la:
"Weyh, tak cukup barang ni!"

Aku ngan Syani lawan tengok sambil angkat kening.
" Jom, keluar Kangar!Pukul 3 satgi."
"Ok, set!"

Dan pada hari tu, kawan aku sejak 13 tahun lalu a.k.a Syazni Nazihah tu mencatat rekod :
" Shopping paling sekejap"
Nak gelak pun ada. First time tak cerewet budak tu.
So, time tengah tunggu my daddy untuk balik MATRI, kami pun tunggu la kat tangga The Store.
Tengah sembang-sembang, tiba-tiba keluar seorang pakcik ni dari teksi. Guess what?
He's blind.

Aku pulak memang tak boleh tengok OKU camtu. Nak nangis. Ok, nangis dah pun!
Automatically terkeluar dari mulut aku,
" Kalaulah kita boleh tolong..."
Syani dengan matangnya cakap:
" Kita kena ubah yang kat 'atas' dulu. Baru boleh tolong orang yang kat 'bawah'.

Sampai depan pagar asrama time azan asar.
Tanpa buang masa aku naik dewan makan untuk tengok hasil kerja anak-anak buah yang ditinggalkan untuk 1 jam setengah tadi.


Good job untuk masa yang sangat singkat!

Jadi, malam tu ada tayangan video, games, MAKAN, sharing moments. Rasa macam duduk dalam air banjir kat Pahang tu aku tengok kawan-kawan aku. Nangis. Gelak, tawa...
12 malam lebih juga la habis program tu.
Lepas tu sambung dengan tengok movie pulak. 
Aku ni memang tak tahan ngantuk, blah tidur dulu la.

Esok harinya (5 hb), ada morning walk a.k.a ziarah tarbawi. Ziarah rumah cikgu-cikgu yang duduk area-area tu. 
Sadly, aku, Amal, Falahi, dan Zue tak join.
Sibuk menguruskan kertas-kertas recyle.
Pedih, sakit, luka semua ada kat tangan ni. Tapi, best der!
Dari pukul 9 pagi sampai 11 kami tunggu pakcik recyle tu. 
Sambil tu tengok budak lelaki yang gagah perkasa (erk!) angkat bangku, meja kantin dan kanopi untuk malam graduasi 
Bila timbang, 1898 KG = RM 474.50
Pergh, kaya!

Macam semalam juga, kami start operasi menghias pentas dalam pukul 12 lebih jugak. 
Dan macam semalam jugak, awal-awal tu serius tengok ja backdrop yang digantung tu.
Bincang sikit-sikit lepas tu azan zohor.

2.45 macam tu baru start balik. Aku pulak usha je backdrop tu. Nak tolong tulis, lukis bagai tangan kayu pulak. 

pelik kan? Budak lelaki punya kerja la ni.

Lepas tu, aku decide :
" Turunkan backdrop ni. Lepas tu pasang balik. Pelik semacam ja."

Of course yang memanjatnya aku. dan disertai dengan Yana Kimah, Iman, Pa'in, Syani... Sapa tah lagi. Tak ingat.
Boleh la nak memanjat dengan seronoknya, bising, sembang sebab putera-putera tu gi shopping kat Padang Besar.
Big Boss designer utama tak lain tak bukan, 
" Amalina Farhatul Farida dan Joyah! Eh, salah,salah... Haziyah Nazifah!

Semangat nak tolong tulis, sekali kena marah blah terus!
Dari zohor sampailah detik-detik terakhir kami buat persiapan. Dari pentas, hiasan meja... Fuh, penat yang menyeronokkan!


Inilah hasilnya! Walaupun awningnya tak berapa jadi tapi, do I care? hahaha

Okeyh, tunggu bahagian kedua!







Saturday, March 23, 2013

^__^ (ENTRY takde tajuk)

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL~

Blog yang dah terlalu lama tak diupdate -_-
3 bulan pertama di MATRI yang penuh cerita...


SENIOR VS JUNIOR

4 Januari 2013, lepas maghrib~
Kaki saya menapak ke bilik waden. Taktau kenapa, jantung ni berdegup laju sangat. Tapi, saya abaikan saja.
Buka pintu nampak Kak Athirah Anwar. " Kak Athirah, ana dorm mana?"
"Dorm oren." Selamba muka Kak Athirah. Saya terlopong. 0o0.
Dorm oren mean dorm Hafizah = budak form one!!!! TIDAK! Nak nangis..
"Siapa lagi form 5?" Tanya saya lagi.
"Falahi." Mendengarkan nama itu, saya sedikit lega.

Hari pendaftaran tingkatan satu merupakan hari paling sibuk.
Bukan anak-anak yang sibuk, tapi, mak-mak. Biasalah tu majoritinya baru masuk asrama.
"Adik, anak makcik ni tak boleh tidur katil atas, takut jatuh.."
" Adik, locker ni tak boleh tukar ke?"
" Adik nanti nak mandi kat mana?"
Macam-macam lagi la soalan. Saya cuba menjawab dengan sebaik mungkin. Letih hingga ke malam! 2 orang senior bersama 52 orang junior. Argh!!! Takpe2 ada hikmah Allah susun semua ni...
Yang paling saya geram sekali bila junior-junior datang pastu cakap:
"Kak, kunci locker saya tertinggal dalam locker."
Terpaksa pecahkan engsel yang kami pasang sendiri tu. Waduh,dik! Akak dulu buat sendiri semua ni tau tak? Hesh...
Selang dua minggu lepas tu, adik-adik form 4 pula masuk. 8 orang. Amboi, 4 kali ganda ramai dari form 5!
Kenangan yang paling tak boleh dilupakan bila adik2 sambut birthday. Memang saya dah boleh agak apa yang adik-adik ni buat. Tapi, saya buat-buat tak nampak. Malam 2 hb tu lampu sengaja ditutup awal. 10.30 kot! Alhamdulillah katil depan tingkap. Dapat la jugak cahaya lampu koridor untuk study. Pastu dengar la suara orang menyayi lagu happy birthday  sambil bawak kek dan torchlight untuk ganti lilin. Takleh blah la korang~ Terharu giler ar time tu. Dah first time duduk dengan adik form 1. Pastu depa sambut birtday kita lagi. Sebelum potong kek tu, saya perasan sesuatu yang tertulis atas kek tu.
" HAPPY SWEET 13." 
Err... Sis, I'm 17 okay. Hahahaha whateverlah! Janji dapat kek. Palin bermakna sekali bila adik2 form 4 nyanyi lagu special. Ececece,, sebak kot. 

BAHAS ALA PARLIMEN

Dari tahun 2012 lagi saya dah diberitahu yang saya dan 4 orang lagi akan mewakili sekolah untuk bahas. Tapi, semakin dekat tarikh pertandingan tu, makin rasa macam nak lari. Seminggu sebelum pertandingan macam-macam yang kami lalui. Ganggu emosi!
Akhirnya, saya, Aliyah, Afiqah, Najwa dan Zuhaidah yang dipilih Allah untuk memikul tanggungjawab ni.
Alhamdulillah kami melepasi peringkat awal. Mara ke peringkat suku akhir. Lawan untuk latihan kami adalah pelajar putera. Seriously, saya memang alah dengan pelajar putera. Cikgu Azizan, Cikgu Najihah, Cikgu Asma' Amani, kawan-kawan saya perasan perubahan saya. I'm NOT me bila berhadapan dengan mereka. Bila sampai giliran saya untuk bercakap, saya tak dapat rasa kaki saya. Memang ketaq habis la nak habaq mai! 

Alhamdulillah, kami mara ke peringkat separuh akhir untuk zon utara negeri Perlis. Pasukan lawan dari SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah. 3 Menteri utama adalah lelaki. Oh My Allah! Dahlah suara bak halilintar ditambah dengan saya yang tengah demam waktu tu. Memang rasa macam nak pitam je. Walaupun kami tewas peringkat ni, tapi saya bersyukur sangat la. 3 minggu berturut-turut otak, dan stamina semua dicurahkan untuk pertandingan ni. Alhamdulillah, komen cikgu-cikgu agak menenangkan hati saya. Kata cikgu, saya yang paling tenang. Dah banyak senyum berbanding sebelum-sebelum ni.

3 minggu bersama geng debate cipta banyak kenangan. Tidur pukul 2 pagi semata-mata cari isi hujah. Lepak dorm Afiqah yang kat atas puncak paras 4 tu. Cikgu, Izzah Husna, Cikgu Najihah dan Cikgu Asma' Amani yang banyak cari maklumat untuk kami. JASAMU tak terbalas, Cikgu!

PEWARIS 8

Perkhemahan Remaja Haluan Kebangsaan ke 8 (PEWARIS 8) yang berlangsung 10-12 Februari di Tok Bali, Kelantan membawa pulang banyak kenangan untuk saya. Bertemu Syahiidah yang kini di SMAKL mengubat rindu saya pada dia. Cerita-cerita dia pada hari pertama di sana buat kami lupa untuk makan. 

PEWARIS, lain dari biasa. Ice Breaking dan Team Building yang selalu dilaksanakan di tapak kem tapi, kami pula ke Terengganu. Double WOW! Seronok... Perjalanan dari MATRI sehari awal.Suhu bas yang kami naik tu memang sejuk sangat.Menggeletar habis la. Tepat 2 pagi, saya terjaga bila handphone bunyi. "Pakcik Ghazali." 
" Assalamu'alaikum. Ummu, sekarang kat mana?" Tanya Pakcik. Perlahan saja suaranya. Letih barangkali. 
" Er... Rasanya dah masuk Kelantan, pakcik. Mungkin pakcik driver tu tengah cari tempat tu." Jawab saya. Sedikit menggeletar. Sejuk~ 
" Oklah. Pakcik call cikgu Azmi tadi. Dia tak angkat. Tidur kot." Segera saya jenguk ke depan. Ya, cikgu tidur. Kemudian, pakcik matikan talian. Cuba hubungi Cikgu Azmi sekali lagi.
Sesat, sesat, sesat~
3.15 pagi. Baru kami tiba di pintu masuk chalet Tok Bali. Peserta pertama tiba. Pengalaman-pengalaman tak mampu dicoret dengan perkataan. Tak mampu diungkap dengan kata-kata. Biarlah gambar yang menceritakan~


MUTIARA MURABBI

Orang yang hidup dalam lombong emas takkan dapat hargai nilai emas selagi dia tak keluar dari situ. 
MATRI. Penuh dengan murabbi - murabbi yang hebat. 

Ustaz Abdul Hadi: Ustaz mengajar kelas saya di tahun pertama di sini dan tahun terakhir di sini. Tahun ni, bleh dikatakan hampir setiap pagi ustaz akan bagi tazkirah. Sapa tidur, rugi! Orang lain panggil ustaz berbayar, kita dapat free je. 
Walaupun ustaz nampak sederhana, bila ustaz cerita masa ustaz muda dulu, tabik spring la, ustaz! Travel sana sini. Apply masuk Oxford University kot. Jumpa pemimpin Islam hebat-hebat macam Ustaz Khairul.

Ucapan kalimah akhirah oleh Sir Mohd Abdoh tadi betul-betul membangkitkan semangat. Saya yang pada mulanya mengantuk terus segar bila dengar suara Sir Abdoh. 
Kata Sir Abdoh, di MATRI ibarat berada di medan jihad. Imej MATRI adalah imej ISLAM. Anak- anak MATRI kena cemerlang pelajaran, akhlak. Biar seluruh dunia kenal Islam dengan imej baik ISLAM. Sayang betul saya tertinggal buku catatan. 

SPM 2012

Akhir sekali nak ucap TAHNIAH, MABRUK 'ALAIK pada senior 95. Especially KAK WAWA. Hhehehe.. Tahniah, 9A+... 
Sembang2 dengan Kak Wawa lepas habis kelas Chemistry khamis haritu akan kami ingat sampai bila-bila!
kata Kak Wawa, jaga hak ALLAH maka Allah akan jaga hak kita. Apa yang kita ada, terus beri pada orang lain dan Allah akan beri yang lebih baik!

Sunday, December 30, 2012

Coret-coret Reunion ProCAST~

~In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful~

Hehehe... tak tau nak tulis apa sebenarnya... selit gambar-gambar jelah sambil cerita2 what happened kat reunion tu...
Scenery view kat Tasoh Lake Resort (tempat reunion) memang cantik... Angin sepoi-sepoi bahasa~~
Saya, Tinan, ngan Zuhaidah merupakan peserta terawal sampai. Pukul 8.30. Padahal pendaftaran pukul 10.

Lepas isi borang pendaftaran, kani pun decide la nak pi jalan-jalan tengok tempat tu. Jalan punya jalan akhirnya, kerusi malas kat tepi tasek tu jadi port kami tiga. Sembang pasal macam-macam perkara dari drama Korea sampailah masalah-masalah yang ada kat matri.

Area pukul 10 pagi macam tu, Syani, Ain, Dini dan Sal pun sampai. Terus cari port photography. Haish, geleng kepala je tengok kawan-kawan sendiri. Hantu Camera!
Syani and Dini


Salsabila and Ain




peserta perempuan hanya 13 orang.

Lepas solat zohor, kami 'diangkut' ke Kompleks Pertanian Bukit Temiang. Kalau tengok tentatif, daki bukit. Yes, ini yang kutunggu! Hahahaha....

Seriously cakap, memang DAHSYAT betul la bukit tu! Padahal selalu je naik... Tapi, selalu naik ikut matri a.k.a Bukit Tunjung. Takdelah lasak sangat sebab dah selalu sangat dah naik. Baju, tudung habis la kena calit lumpoq (lumpur). On the way naik tu jugak la, kasut lekang! Huhuhu... dah sampai masa kasut tu... Memang tiap-tiap tahun kasut sukan baru. Akhirnya, ikat dengan tali. LIMITED EDITION punya kasut. Mana nak cari. Hahahahha...

ni la antara gambar yang sempat snap time atas bukit
Kakak mana tah yang cakap, kalau ada anugerah baju paling comot, confirm dapat kat ILYNA. Hehehehe.
Tapi, memang semua orang baju kotor ngan tanah.
Turun dari bukit tu nak dekat pukul 6 petang dah. So, cepat-cepat la gi solat asar... 

time jalan nak gi solat asar


Habis solat asar, ada aktiviti memancing pulak. Mula-mula tu malas. Tapi, tangan ni gatal nak ambil joran kat tepi tu. Patu, cari la umpan. Alhamdulillah saya ni jenis yang bukan 'penggeli'. Umpan tu boleh letak kat mata kail dengan elok. Lepas tu orang asyik dok panggil,
" Ummu, tolong bubuh umpan sat..."
Dapat tau depa semua ni geli, apa lagi.... Kita usik sama dia! Hahaha

Balik ke resort dalam area 11 malam dah. Sebab makan malam semua kat kompleks tu. Balik2 ada perjumpaan pula. Mula-mula tu semangat kemain... Lepas sejam, mata mula ngantuk. Ditambah dengan angin sejuk malam tu. Segala benda yang bro tu cakap langsung tak masuk dalam otak... 
" Bla..bla..bla..bla..."
" Bro, tak paham la..."
Pastu dia terang lagi..
Tak paham... Sakit pala.. Tak masuk2..
" Bro, sambung esok jelah. Pukul 2 dah ni... Ngantuk."
Hahahaha... Macam tulah Ummu...

Keesokan harinya, kami berekspedisi ke Gua Wang Burma. Kalau ikut fakta, gua tu merupakan gua tembus terpanjang di dunia. Subhanallah! 
On the way naik, semua tengok bawah. Kenapa? PACAT derr! Macam kat Terong hari tu, pacat dia lagi gemok...

Masuk dalam gua tu, gelap-gelita ditambah dengan najis kelawar yang banyak tahap tak tau nak habaq dah... Sampai kat satu spot ni, semua kena tutup torchlight. Gelap! Tapi, yang syoknya, torchlight band Ummu glow in the dark.

Balik dari gua, kami semua pun nak balik makan tengah hari... Time pergi semua bising-bising dalam bas. Time balik, sunyi. Semua tidur~ Sedar je, kat depan Restoran Tok Mek. Yeah, makan besar!


Okeylah, hanya di sini saja yang mampu saya coretkan.. Yang lain, biarlah terpahat kemas dalam memori.. Banyak lagi gambar yang nak upload dlm ni, tapi pendrive kena cilok dengan Syani. Hahahaha














Friday, November 30, 2012

Ini kisah KITA~

~In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful~

27 November 2012
Ummu:" Syani, jom pi Kangar Jumaat ni?"
Syazni:"Esok la..Esok ramai nak keluar."
Ummu:"Hurm..okeylah..tapi, kmi tumpang hmpa la ek?"
Syazni:"Okeyh jea.."
Ummu:"Sapa lagi yg pi esok?"
Syazni:"Sal,Li,Ilyna,Ain.."
Ummu:"Ouh..ok!"
Coversation ringkas dengan Cik Syazni Nazihah pada malam 27 Nov..

28 November 2012

8.30 pagi
"Kakak,janji dengan Syazni pukul berapa?" Soal ummi pada pagi yang indah tu sambil tangan sibuk goreng cucur.
"Sembilan.." Mata masih tertutup (jangan contohi.tak baik!) 
"Dah tu?Yang dok golek2 kat sini kenapa?Siap la cepat. "Tiba-tiba ummi muncul di ruang tamu. Saya segera bangun. Handphone dalam bilik dicari..
" Syani,lambat sikit boleh?"
"ok.." Syani..Syani..semua ok.Hahaha.. I love you!

9.00 pagi:
" Ummi,cucur apa ni?" Mulut dok menguyah sambil usha-usha cucur.
" Entah..main campak-campak ja.." Jawab ummi sambil menikmati sarapan. Just two of us. Macam setiap pagi...

9.30 pagi:
Kayuh basikal dengan relaksnya ke Kuartes Guru SMKTS  (rumah Syani). Dalam hati dok fikir macam-macam..
"Macam nak buang ja basikal ni...Haih..syukuri apa yang ada~"
"Hari ni paper apa?"
Ketibaan disambut oleh Makcik Rose a.k.a mak syani. Duduk relaks dulu..Penat!
 Area pukul 10 baru bertolak ke KANGAR.

10.15 pagi:
Buka pintu library,nampak:
Dini, Ilyna, Falahi, Ain
Sal? Tuisyen...
Dalam tempoh tu,usaha siapkan folio Chemistry...

12.30 tengah hari:
" Lapaq la..." Semua yang kat meja bulat tu,pandang.
"Apa? Betul la.." Betul la saya lapar!
" Sabaq la sat.. Kita tunggu Ain dengan Sal." Jawab Syani. Ain, Sal + tuisyen = 1.15 baru abes! Haih,demi sahabat...

1.00 petang
" Jom naik surau!" Saya bangun dari kerusi. Earphone dicabut. Perut dah nyanyi lagu HARU HARU ni! 
 Nak solat zohor pun ada drama! Adoyai,macam-macam la hampa ni... Duduk dalam saf  elok-elok pun boleh gelak... Dah la weyh, nak dating ngan Allah pun tak serius. Ceh,kata orang...kita pun sama! lapaq ni. Cepat solat,cepat makan!

1.30 petang
Ummu, Syani, Falahi, Ilyna tunggu Ain gi 'jemput' Sal kat tuisyen. Masuk dalam The Store,
" Tak solat lagi ni... Solat dah?" Salsabila Zanudin buat saya terlopong... Adeh..haih la perut sabaq la sat... Demi sahabatmu.."

Habis Sal solat, bermulalah perjalanan untuk cari tempat makan. Sampai satu spot, "Penuh!"
Tiga tempat jejak, "Penuh!"
Akhirnya, medan makanan kat tepi tangga The Store tu jugaklah...

syani,awat tutup mata?

Dini usha orang yang asyik ber'sms'
     
 Habis makan,tak nak balik library lagi. Kita pusing-pusing dulu The Store. Jalan dengan Salsabila,bila jumpa kasut:
"Ummu,kata nak belanja ana?" Buat muka comel sambil tunjuk kasut.
" Ana cakap bila ana jadi doktor. Bukan sekarang la sayangku~" 
" Sal,bila Ummu jadi doctor nanti,minta yang paling latest tau." Ain pulak makin menggiat Sal.
" Eleh,setakat 100 ringgit tu tak luaknya gaji doctor.." Ces, riak pulak..

Sambil-sambil window shopping tu, banyaklah drama yang berlaku. Antara paling tersentuh sekali:
" Waa..cantik la diari ni!" Tanpa disedari,tangan ni cepat je ambil diari kaler PINK. Sal, Falahi, Ain, Ilyna semua pandang serentak. Apa kes?
" Sejak bila Ummu pandai cakap kaler PINK tu cantik?" Ilyna sengih. Erk!
" Silap ambil ni. Nah, ambil yang ni!" Falahi ambil diari PINK dan diganti dengan diari BIRU. Pastu, kita pulak kena gelak. Well,saya tahu saya memang tak feminin. Kaler PINK buat saya nampak sangat ANEH!


Area pukul 3 macam tu baru la kami berangkat balik ke library. Tapi,mood nak siapkan folio Chemistry tu dah gone with the wind~
So, kaki ni pun menapak la ke bahagian 'Fiksyen Bahasa Melayu' a.k.a novel~ 
Usha punya usha,last-last jumpalah novel yang dicari:
" MIKHAIL"
" HIJAB SANG PENCINTA"
(Ramlee Awang Murshid)
Namun, mood baca novel pun tak muncul...
Last2, kacau orang jugak la yang best!

banyak rajin,kan,kan??


Pukul 4 petang tu barulah sama-sama pulang ke rumah masing-masing. Hari itu menyimpan banyak kenangan bersama.. Selalu keluar 3 atau 4 orang je.. Hari tu keluar 7 orang! Bahagia~














Thursday, May 31, 2012

Cerita satu hari...

Hari ni ( 30 Mei 2012)
Semalam dah janji dengan Cikgu Asmah nak join kelas Add math pukul 7.30 pagi. Tup..tup.. 8.15 bru sampai depan rumah cikgu. Ni semua Syani punya pasal la...bersiap kalah mak datin.. (huhu..jangan marah..) Tengok2 Ain sorang dok belajar dengan cikgu..Ala siannye dia... 2 jam lebih kat rumah cikgu, kami pun mulalah nak berangkat pergi lepas dengar saya dok merungut-rungut lapar...
"Weyh,enzyme trypsin,pepsin kami semua dah secrete tahap optimum point dah ni..." dan macam-macam lagi...
camnilah keadaan ummu bila lapaq!!

Bila jejak je kaki kat nat (pasar pagi), percayalah, muka Ummu Amani yang paling berseri. Habis borong satu nat tu, bermulalah perjalanan pulang ke rumah Syani yang kat dalam kuarters guru SMKTS tu... Takkan nak redah nat macam mai tadi kot?? Tadi xpelah..awal lagi. Orang pun tak ramai lagi. Akhirnya kena la ikut jalan jauh sikit. Sian Ain kena jalan kaki. Basikal Ummu Amani dengan basikal fixie Syani kurang angin.. Tengah jalan,
" Syani, nak try naik gerek (basikal) fixie boleh?" Tak tau la apesal tiba-tiba nak naik fixie PINK si Syani.
basikal syani cantik lagi kot..

 Maka dengan senang hatinya, 
" Nah!" Hahaha sukenye...
Sambunglah balik perjalanan ke SMKTS. Sepanjang perjalanan, semua mata tengok. Dalam hati,
" Apehal?? Tak pernah tengok orang naik basikal fixie ke? Fixie dah famous ke Jepun beberapa tahun yang lalu tau ark?"

I swear, lepas ni, saya TAKKAN pernah sentuh machine yang bernama fixie tu!!!"
 Habis makan kat rumah Syani, mak dia terus bawak pi Library Kangar. Tapi... Saya ditinggalkan keseorangan. Ain ngan Syani gi shopping... 
Bermulalah operasi study seorang diri. BOSAN!! Habis solat zohor pun, Ain ngan Syani tak muncul-muncul.  Hish...ni kes shopping tak ingat dunia dah ni...  Rupanya, depa malas nak mai library dah. 
Habis Ain ngan Syani solat zohor, mulalah pencarian bagpack baru Ummu Amani. Ke sana ke mari pusing.. Bila jumpa beg yang berkenan di hati,
" Tak cantik la colour dia.."
"Takleh, ummu ganas..kotor beg kalau amek yang ni.."
Last-last, "weyh, ni kami punya beg...biarlah kaler apa pun.."
Habis bayar beg, Syani ajak naik The Store balik. Cari apa benda tah... Saya yang dah melecet kaki, plus Ain pun dah lenguh gila kaki, pi la teman si Syani ni... Sampai tingkat atas skali,
teddy bear pertama yang ada depan mata, terus saya peluk. Hahahaha..taknak lepas! Taknak lepas! Besar + gebu = BEST!

Habis tadabbur segali benda yang ada kat TS tu, berangkatlah kami ke stesen bas. Nak balik!! Penat... 
Sebelum duduk, kat bangku kat situ, saya ternampak sorang pakcik ni, duduk atas lantai. Kat tangan ada plasti yang penuh duit syiling..Dalam otak,
" Ya Allah, taknak tengok!Taknak tengok! Kalau aku tengok, nanti aku akan fikir nak kahwin ngan orang kaya pastu nak bukak rumah kebajikan...Ahh..susah! Takpe..takpe...Allah dah kira niat tu.."
Macam-macam la jumpa, budak superman la yang tetiba duduk depan saya (dia pakai t-shirt superman + baca majalah marvel yang ada gambar superman = keliru dia peminat faizal tahir ke superman.)

Inilah cerita yang membuatkan Ummu Amani terkulai bila sampai home sweet home lepas balik dari rumah pakcik leman + makcik aizah = adib rifqi yang comel!





Tuesday, March 13, 2012

Kenangan SANAH HELWAH!

Fuh!Fuh! Pergh!! Habuk banyak giler blog ni.... Lama kan ana tak update..? Biasalah...budak asrama..mana ada masa nak balik rumah...

Baca tajuk kat atas pun mesti dah tahu apa yang ana nak ceritakan kali ni... Bagi ana, sambut hari lahir dengan kawan-kawan memang BEST! Especially kat MATRI. Bukan senang dapat kawan-kawan macam depa... Sahabat-sahabat yang tak pernah biar kita buat salah..tegur kita walau apa cara sekalipun.. Yang tak pernah biar kita nangis sorang-sorang...Yant tak pernah biar kita tanggung kesakitan sorang-sorang...Yang tak pernah biar kita terlalu seronok sampai lupa hakikat penciptaan.. Merekalah segalanganya buat ana...


3 Mac 2009
ana masuk kelas pagi-pagi rasa pelik sket... awat sunyi sangat ni??? ana tak kisah sangat kalau depa tak sambut birthday ana sebab kami semua baru kenal je...dari pukul 7.40 sampai la pukul 4.00 petang semuanya berjalan seperti biasa.Tiba-tiba...tengah syok-syok dok buat homework,
"POM!" Letupan berlaku betul-betul atas kepala ana. Pastu gula-gula jatuh dari langit. Berkumandanglah lagu
"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu..."
Habis je lagu tu, satu kelas dok berebut gula-gula. Weyh, ape kes?! Ni kan gula-gula ana...yang hampa dok berebut pasai pa?! Ah,suka hatilah...Baik ana berebut sekali.Lagi best.Muahahaha...

2 Mac 2010, 11.50 malam
Tengah best tadabbur alam tiba-tiba Pica datang ngan muka poyo dia.
"Awat ni? Sengih-sengih..." Ana pelik tengok muka dia...Macam orang tak cukup vitamin pun ada. Sengih-sengih...
"Saje je nak jumpa awak..." Ana tergelak dengar kata-kata dia. Haiya...ini budak buang tebiat ma..
'Ummu, jom naik paras 4!" Ajak Pica time ana dok sembang ngan dia. time tu 2 minit lagi pukul 12 tengah malam
" Malas ar..elok-elok duduk kat paras 2 ni nak naik atas buat apa?"
" Jom ar..." Pica dah tarik tangan ana naik tangga belakang. Sambil kitaorang dok mendaki tangga ke paras 4, ana dok membebel kat dia...Pastu tetiba rasa macam serbuk putih jatuh...mana ada salji kat Perlis ni? Dalam bangunan pulak tu... Amenda pulak ni....Dah la wangi benda ni. SAH! bedak carrie junior!
" Sanah helwah ya jamilah! Sanah helwah ya jamilah!" Lagu hari lahir dalam bahasa arab pasar membingitkan seluruh paras 4.
"Adik-adik,diam sikit!Orang nak tidor la..." Suara Kak Mastura jelas kedengaran. Hehehe...Hampa la! Bising sangat...
"Ummu, jom duduk sini. Makan ar...special tau!" Izzatie tarik tangan ana duduk kat meja jepun yang depa letak tepi tangga. Atas meja tu, penuh dengan biskut ngan secawan air susu. Wah...terharunya...

2 Mac 2012
Tahun ini merupakan tahun yang paling manis buat ana. Walaupun tahun 2012 merupakan tahun yang paling sibuk buat mana-mana tingkatan 4 matri, kenangan hari lahir tahun ini adalah the best ever!
Terlalu banyak sampai tak boleh nak diceritakan melalui tulisan
saahabat-sahabat ana, senior-senior ana, junior-junior ana. Mereka semua mencipta kenangan manis yang ana takkan lupakan buat seumur hidup ana...


Tak dilupakan, sahabat terbaik ana, NURUL ATIKAH SYAFRIZAL,

HAPPY SWEET 16, 5 MAC 2012


Tuesday, January 3, 2012

2011~terciptanya sejuta kenangan...(episode 1)

Pada episod satu ni, ana nak citerkan pasal ahli meja study ana..(credit tu syanee sebab bg inspirasi.bukan curi idea tau!)


Faathimah binti Ab Ghani a.k.a lil faa (Thimah)
Ana kenal dan agak rapat dengan dia time form1. Sebab ana slalu jadi 'alarm clock' dia. Faathimah ni pandai..Memang top ten dalam kelas (Thimah,jangan prasan lebih2 tau! Nanti jdi cam Pica..). Tapi dia ni jenis senyap sangat. Jadi tak menyerlah cam budak-budak top ten yang lain... Faathimah ni pendengar yang baik. Sangat baik...Dia selalu dengar cerita ana yang mengarut2...muahahaha. Pastu dia ni suka tulis citer a.k.a novelis 19 united...Entah apa la yang ada dalam otak dia.Ish..ish...
Hurm..tahun 2012 ni,dia dah tak belajar kat MATRI..Sedih sangat...Tapi,ana hormati keputusan dia. Itu susunan Allah yang terbaik untuk dia. Faathimah, tarbiyah is everywhere. Sebutir pasir dan sehelai daun juga tarbiyah.Bergantung pada diri sendiri dan hubungan dengan Allah.Kami doakan yang terbaik untuk hampa di SMIK!


Nursyafica Nadia binti Johari a.k.a Pica
Time form 1 dulu,kalau cikgu2 baca nama dia, mesti akan tanya, kenapa Syafica? Kenapa bukan Syafika? Why letter 'C' not 'K'? Lahir kat luar negara ka? Rupa-rupanya,mak ngan ayah dia sengaja letak nama dia camtu..Pica ni penah dapat award 'PELAKON TERBAIK' oleh bonda kami,cikgu Pah.
First thing yang memang semua orang sangat arif tentang Pica ni ialah dia ni, RATU POYO. Sapa setuju cakap YES! Memang satu form tau perangai a.k.a sifat dia ni. Sampai kami semua dah masak ngan perangai dia yang suka prasan. Satu benda yang Pica ni boleh dipuji, (Ya Allah, tolonglah jangan bagi pica nampak ayat ni...) rajin superb! Study je gheja (kerja) dia. Aduss...bikin orang jelous jelah.. Tapi Pica ni adalah pengorek rahsia orang nombor satu (tak taulah kot ana sorang je yg kena ngan dia...)! Ada saja benda yang dia akan buat untuk dapatkan rahsia. Argh,geram!!! Ana ingat lagi, time nak dekat-dekat PMR...Ana ngan Faathimah tiap-tiap hari dok paksa dia bukak kamus bahasa Arab. Macam-macam kami buat. Muahahahaha..Hasilnya,Alhamdulillah! Pica ni slalu dok lawan tinggi ngan Syani. Tapi,pica tak penah menang pun!


Imtinan binti Shaari a.k.a Tinan
Ana kenal dia sejak boleh mengingat lagi.Pendek kata dari kecik lagi. Walaupun ana kenal dari kecik lagi, tapi tak rapat sangat...Setakat, 'boleh la..'. Tinan ni rajin sangat study. orang cakap mata Tinan bulat. Yakah? Erm..tak prasan langsung! Tinan kaki drama korea gak la. Lebih kurang cam Pica. Tapi ana menang lagi (alamak...kantoi la pulak...) hahaha. Ummi Tinan a.k.a Cikgu Rosmawar ialah the best history teacher in the world! Dia ni pun suka nyanyi dalam kelas. Kalau ana nyanyi satu patah, berjela-jela dia sambung!


Nurul Atikah binti Syafrizal a.k.a Tikah
Ana terhutang budi banyak sangat dengan Atikah. Sabar betul dia. Pantang nampak ana letak kepala atas meja (nak tidoq!) mesti tiba-tiba rasa lengan ana pedih. Kena cubit! Pastu dia selalu share fakta macam2. Saya suke!Saya suke! Tapi, ada satu hari ni, dia tanya ana, " Ummu,awak tak meluat ke dengar kite citer macam-macam kat awak?" Ana memang terkejut gila!
" Atikah, kami tak penah rasa meluat pun. Sebab,kami pun suka cerita macam2 kat hmpa. Kalau kami rasa meluat, mesti hmpa pun akan rasa yang sama. Er..mana hmpa dengar ni semua?" Sungguh, ana pelik dengar soalan dia. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran tentang ni. Kepada sesiapa yang pernah,cakap macam tu kat Atikah,sila minta maaf balik kat dia. SEKARANG!

Ana bersyukur Allah susun ana duduk bersama mereka dalam tempoh masa yang singkat. Allah bagi peluang untuk ana kenal mereka. Sebab sebelum ni, ana memang tak rapat pun ngan depa... Terima Kasih Ya Allah..

Tuesday, September 13, 2011

mutiara yang HILANG...

11 September 2011

Hujan lebat turun mencurah-curah di bumi Perlis. Penyusunan Allah, langit menangis mengiringi tiga permata menghadap Sang Pencipta. Pagi tu, MATRI dikejutkan dengan berita pemergian Akh Ahmad Izzat Bin Ismail, senior form 5, Hazman Bakhtiar Bin Sharizan, form 2 dan Pakcik Shahidan bin Ali, 69. Dia seorang suami kepada Sifu Math kat MATRI, Cikgu Asmah binti Omar.

Majoritinya, pelajar puteri MATRI tak pernah mengenali siapa akh Izzat dan siapa Hazman. Tapi, suasana hiba dan pilu memenuhi seluruh pelusuk MATRI. Selepas solat zohor, Ustaz Hadi cakap pasal kematian mereka bertiga. Hari Isnin yang lalu, waktu perhimpunan, ustaz hadi cakap pasal kematian. Ustaz cakap, " Allah masih sayangkan kami, cikgu-cikgu tua di sini walaupun dah ramai yang Allah dah ambil nyawanya. Allah masih beri peluang untuk kami lihat wajah antum. masih beri peluang untuk sayang antum...." Kata-kata itu ustaz ulang lagi. Musolla terlalu sunyi waktu itu. Bunyi kipas berputar tak dengar (sebab tak bukak, terlalu sejuk...). Habis ustaz cakap, jam hampir ke pukul 2 petang, hujan yang tadinya renyai-renyai kembali lebat.

Pada mulanya, tiga jenazah itu akan disolatkan selepas asar, tetapi disebabkan masalah teknikal, disolatkan selepas maghrib.Penat menanti, hanya jenazah pakcik Shahidah yang sampai. Lagi dua baru selesai post-mortem dan tersangkut dalam banjir. Sebaik dua jenazah lagi naik selepas isya, ana lihat kebanyakan pelajar puteri menangis. Ana akui, ana juga hampir menangis. Seperti yang ana sebutkan tadi, majoritinya tak pernah mengenali dua pelajar lelaki ini. Tapi, inilah aura orang soleh. Sebelum dua van jenazah meninggalkan perkarangan MATRI, dataran MATRI dipenuhi suasana hiba. Sahabat mereka semuanya menangis. Terutama sahabat arwah Akh Izzat. Sudah tentu, mereka bersama dengannya 5 tahun. Malam tu, ribut + hujan lebat. Ana terjaga. Jam menunjukkan 1 pagi. Ana cuma mampu berdoa moga Allah tempatkan mereka bersama orang-orang yang soleh.

Seminggu sebelum kematian mereka, kami (pelajar MATRI) solat hajat untuk seorang ex- MATRIANS, form 5 skarang. Dia accident dan koma. Namun, yang jauh didoakan, yang dekat pergi meninggalkan....


" Ya Allah, sesungguhnya merek ini orang yang soleh dan baik. Tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman...."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...