Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

NEVER GIVE UP!

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful


" Kenapa la Allah uji macam ni?"
" Aku tak mampu nak hadapi ujian macam ni!"

Sedar atau tidak, kesenangan juga satu ujian.
Itu ujian Allah nak menguji samada kita ingat Dia atau tidak.
Itu ujian samada kita ini hamba yang bersyukur atau hamba yang kufur.

" Dua nikmat yang sering manusia buat manusia lupa pada Allah, nikmat sihat dan masa lapang."
~ hadith ~

Bila sihat dan ada masa lapang, kita mahu buat itu, buat ini.
Seronok merancang itu dan ini sehingga terlupa meletakkan Allah yang UTAMA.
Tetapi, bila apa yang dirancang tak menjadi, mulalah gelisah.
Jari seronok saja tunding orang lain.
Kita terlupa,
Allah juga merancang. RancanganNya sentiasa yang terbaik.

Masih segar kata-kata seorang senior ketika tingkatan 3 dahulu.
" Kita hamba, kita hanya berusaha dan terus berusaha. Natijahnya (hasil) semua milik Allah."

Sebelum soalan tu ditanya, takdir Allah mad'u semuanya ada masalah disiplin.
Rasa sedih, rasa kecewa sedangkan banyak benda dah usaha untuk pimpin mereka.
Tapi, GAGAL.

Lama kelamaan baru nampak hasil itu. Walaupun sedikit. Tak besar mana.
Ikatan hati dan sentiasa berhubung.
Boleh bergurau senda dengan mereka.
Boleh saja tegur dengan pelbagai cara.


Jangan Pernah Putus Asa Dengan RahmatNya! 

SPM 2013
" Jangan putus asa dengan rahmat Allah."
Quotes (mungkin) pertama yang aku nampak bila jejak kaki masuk ke kelas.
Panah terus ke jiwa! 
Bila aku rasa 'down' Allah hantar sahabat-sahabat untuk ingat pada Dia.
Walaupun aku tahu mereka tak tahu apa yang aku rasa.

Ada satu ketika, saat memerlukan duit. Sangat perlukan duit.
Tak tidur lena dibuatnya. Sepanjang masa fikirkan cara untuk cari duit.
Minta pada ummi dan abah? Tak sanggup susahkan mereka.
Takdir Allah pulang ke rumah nenek. Tak jauh dari rumah.
Cuba ceritakan yang aku perlukan duit.

" Berapa banyak yang perlu?" 
Wajah tua itu memandang dengan kasih sayang.
" Tak banyak pun. 150 ringgit."
Hanya mengangguk.
Tidak lama selepas tu, dia hulurkan sekeping not seratus dan empat keping not lima puluh.
Eh, lebih dari yang aku perlu.
Baru aku sedar, rezeki Allah di mana saja.
Minta saja, pasti Allah beri.
Kalau tidak turun dari langit, pasti melalui manusia lain.



Usaha Dan Terus Usaha!


Kitaran hidup Sang Kupu-Kupu tak pernah senang.
Sejak si ibu bertelur dan membiarkan menetas sendiri di celah daun, hidup mereka terlalu berisiko.
70 peratus mungkin tidak sempat melihat dunia.
Maka tinggal yang selebihnya menetas dan jadi si ulat beluncas.
Si ulat beluncas yang gemuk juga sentiasa diawasi burung-burung kelaparan.
Nah, maka tinggal beberapa saja yang bisa hidup.
Mereka makan dan makan.
Kumpul tenaga dan kekuatan agar boleh melalui fasa seterusnya.
Si ulat beluncas cuba melekatkan diri di dahan, di sebalik daun atau di mana saja yang mungkin selamat.
Seterusnya membalut diri sendiri.
Berbulan lamanya di dalam kepompong yang sempit itu. Tiada makanan. Hanya bekalan.
Bila tiba masanya, kepompong tadi mula merekah.
Perlahan-lahan muncul Sang Kupu-Kupu.
Dia cuba berlatih mengibas sayap indahnya.
Dengan penuh keyakinan dan tawakal, Sang Kupu-Kupu mula meneroka dunia.
Hayatnya mungkin tidak lama. Satu hari, satu minggu.


Begitu juga manusia. Kita.
Mungkin yang bernasib baik, Allah takdirkan dia memang dari keluarga yang Islamik.
Atau keluarga yang mahukan Islam sebagai cara hidup.
Ada juga Allah takdirkan, dia berlatar belakangkan keluarga yang hanya Islam pada nama.
Setiap manusia jalan ceritanya berbeza.
Yang menyamakan manusia, hidayahNya.

Ada manusia, sangat berusaha untuk dapatkan tarbiyah dan hidayah.
Dia jatuh, dia bangun. Langkahnya perlahan, dia cuba berlari.
Kadang rasa ditinggalkan, Allah datang memujuknya.

" Orang yang hidup lama dalam kegelapan jahiliyah akan rasa betapa terangnya tarbiyah." 
Anthem, Hlovate

Apa yang ingin di highlight kan di sini ialah :
Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Jangan sesekali putus asa dengan Allah.

" Orang yang nak berubah, Allah akan beri dia ujian yang berat. Sebab Allah nak tengok dia ikhlas atau tidak dengan perubahan tu."
Ustazah Khairol Badriah Jaafar,
Murabbi MATRI
9.37 pagi, 20 Feb 2014












Friday, February 14, 2014

Manusia Pendosa


Siapa manusia pendosa? 
Bah.. siapa lagi kalau bukan kita!
Yang namanya manusia takkan terlepas dari dosa.
Kalau mengaku diri tak ada dosa?
Err.. mungkin dia makhluk langit.

Kata seorang murabbi, manusia sekarang nak buat dosa dengan hujung jari pun boleh. 
' Touch' sana, 'touch' sini.
*I mean, the gadget screen.




Namun, mereka yang sedar diri itu manusia pendosa takkan pernah berhenti berusaha menyucikan diri.
Benar, kadang jatuh terduduk. Kadang terus tersungkur.
Tapi, sebaik dia cuba untuk bangun berdiri, menadah tangan memohon ampun, demi membina kekuatan,
NAH, tanpa berlengah Allah ampunkan dosanya!

" Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku hampirinya sedepa.
Jika hambaKu mendekatiKu dengan merangkak, maka Aku hampirinya dengan berjalan.
Jika HambaKu medekatiKu dengan berlari, maka akan Aku berlari kepadanya."
                                                                                                                    ~hadith Qudsi~

See... Memohon pada Allah DEFINITELY berbeza dengan meminta pada manusia.
Manusia itu, jika kita terus meminta, dia akan bosan. 
Bahkan, mungkin akan terus meninggalkan kita.


Dia juga manusia pendosa



Umar Sang Penakluk Dunia.
Siapa tak kenal dengan Umar al-Khattab kan?
Disebalik kegemilangannya, ketaqwaannya, kerendahan dan kesucian jiwanya,
dia juga punya masa lalu.
Dan pasti tak terlepas dari kesilapan.

Disebutkan di dalam hadith (kalau tak silap la. kena buat rujukan balik),
Sahabat-sahabat melihat perlakuan aneh Saidina Umar.
Ada ketika dia menangis teresak-esak. Ada ketika dia ketawa sendirian.
Akhirnya, sahabat-sahabat memutuskan untuk bertanya.

"Wahai Umar, mengapa dengan engkau? Kekadang menangis. Kekadang tertawa."
Saidina Umar memandang wajah para sahabat dan berkata,
" Aku tertawa apabila mengenangkan aku memakan buah tamar dari berhala yang aku bina sendiri
ketika berdagang pada zaman jahiliyahku.
Aku menangis kerana memikirkan betapa kejamnya aku menanam anak perempuanku
juga pada zaman jahiliyahku."

Disebutkan juga pada zaman pemerintahannya sebagai khalifah kedua,
ketika dia sedang tawaf mengelilingi Kaabah dia terdengar seorang pemuda berdoa
" Ya Allah, masukkan aku di dalam golongan yang sedikit."

Berkerut Saidina Umar mendengar doa pemuda itu.
Lantas didekati seraya bertanya,
" Wahai pemuda, apa maksud doamu itu? Golongan yang sedikit?"
Jawab pemuda itu,
" Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa hanya sedikit daripada hambanya yang bersyukur.
Maka aku berdoa agar Allah memasukkan aku di dalam golongan yang bersyukur itu."
Menedengarkan itu, terus dia menangis.



Teringat ketika menghadiri bulatan cinta, murabbi ceritakan ada 3 sifat manusia pendosa.

1. Manusia yang menganggap dosa sebagai rezeki.
manusia ini sukakan dosanya.
Tidak ada keinginan untuk membuang dosanya.

2. Manusia yang menganggap dosa sebagai takdirnya.
Dia merasakkan hidupnya dah ditakdirkan untuk berbuat dosa.

3. Menganggap dosa sebagai kehendak sendiri. Yakni, menyedari kesilapannya.
Manusia yang tidak menyalahkan orang lain di atas dosanya.


" Mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti duduk di bawah gunung dan takut gunung itu menimpanya.
Manakala seorang pendosa memandang dosanya seperti lalat yang menghinggapi hidung dan dengan senang menghalaunya."
(hadith)







Saturday, November 24, 2012

Abadikan MIMPI-MIMPIMU!!


1434 HIJRAH baru membuka tirai. Ayuh,sama-sama memperbaharui azam! Azam tahun lalu kita jadikan kenyataan untuk tahun ini. May ALLAH bless us~

  Kehadiran saya ke ProCAST (Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji) 1 minggu yang lalu, benar-benar beri kesan. Banyak aktiviti kat sana. Paling best sekali, tunggang kuda! 2 kali dah naik kuda. Tapi, kali ni rasa lebih yakin. " Ummi, nak bela satu kuda boleh tak?"hehehe

Tayangan video oleh kak Maisarah Mansor pada malam bila tah, betul-betul menusuk kalbu! Cerita tentang seorang pemuda yang menulis segala impiannya di atas kertas. Akhirnya, semua itu menjadi kenyataan. Dengan syarat:
Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal.

So, saya juga memang nak buat macam tu. Tak mampu la nak tulis sampai seratus macam pemuda tu buat, tapi,cukuplah untuk pembakar semangat! Saya tak kisah kalau nak gelakkan, kutuk atau apa-apa sahaja...SILAKAN...

Salah satunya,
TRAVEL ALL AROUND THE WORLD!!
Bunyi macam best kan..?Memang la best!
nak pergi sangat!!!

bumi sakura~



bumi RASULKU~


Canada,bumi penuh kecantikan~


" Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi. carilah kurniaan ALLAH sebanyaknya agar kamu beruntung."
(Jumu'ah:10)


Bina rumah besar-besar. Bukan apa...untuk jemaah jugak ni. Nanti kalau nak buat program ke, apa ke pintu rumah sentiasa terbuka..
besarnya~~~

nampak macam duniawi kan? InsyaAllah takpe kan kalau guna untuk kepentingan ukhrawi? Sekarang kan memang tak ramai orang Islam yang kaya raya. Sepatutnya MUSLIM mesti kena kaya. Kalau tak macam mana nak bantu orang ISLAM....
TOP richest people of the world 2012
10. Mukes Ambani

Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children

9. Eike Batista


Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children

8. Amancio Ortega


Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children

7. Lakhsmi Mittal


Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children

6. Lawrence Ellison


Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children

5. Bernard Arnault

Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children

4. Warren Buffett


Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children

3. Bill Gates


Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children

2. Carlos Slim Helu


Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children




(sumber : google)


3# MENAWAN semua puncak tertinggi!

Gunung Everest!


Kilimanjaro, Africa


Gunung Kinabalu, Malaysia tanah airku!

Mount Fuji, Japan

So, nak gelak? Atau pelik? Atau mustahil? Terserah! Ini impian saya. Selagi roh masih di jasad, selagi Allah memberi saya nafas, akal, IMAN, ISLAM, semua ini takkan mustahil.

























Saturday, December 24, 2011

Allah will pay on your effort

Sebelum ana mulakan entry ana kali ni, ana nak ucapkan TAHNIAH kepada sahabat-sahabat ana yang memperloleh keputusan yang cemerlang.

9A
NAJWA ALI
ZYQAH MAHYIDDIN
KHAIRATUN HISAN
THIMAH GHANI
ATIKAH SYAFRIZAL
NAJIHAH RUSLAN
SYAHIIDAH IKHIWAN

Tidak dilupakan,
Zuhaidah Zakaria,Salsabila Zanudin, Syafica Nadia, Amalina FF,Izzatie Gani, dan semua 19 GENERATIONS OF MATRI!!

Terbaik....Semua orang nak kan yang terbaik dalam hidup dia. Malahan dalam sekecil-kecil perkara. Alhamdulillah, walaupun keputusan PMR ana kali ni agak mengecewakan,tapi ana redha (insyaAllah...).

"Allah will pay on your effort and how much do you pray for HIM."
Kata-kata ini, memang ana lekat kemas dalam otak. Ana tak banyak usaha,juga tak banyak meminta untuk keputusan yang cemerlang. Jadi Allah beri ana tak banyak.Tapi, ada jugak situasi yang berlainan. Dia banyak berusaha,banyak berdoa agar Allah berikan keputusan yang baik untuknya. Banyak solat hajat. Namun, bila result keluar, Allah beri dia tak banyak. Jangan risau...Allah nak berikan yang terbaik untuk kita.Mungkin pada waktu lain. Atau perkara lain.
" Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,padahal ia baik untukmu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik untukmu. Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui."
                                                           (Al-Baqarah: 216)
Allah kan dengar doa kita...Ingat tak satu hadis ni..?
   " Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka dia menyangimu. Bila dia lambat memakbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu. Jika dia tidak memakbulkan doamu, maka dia menyediakan yang lebih baik untukmu..."

Bila ana tengok result ana (sambil kira 'A'..) ana rasa kecewa. Tapi tak lama. Ana teringatkan doa-doa ana.   " Ya Allah, berikan yang terbaik untukku..."
Ana sedar, ini yang terbaik untuk ana. Setiap perkara ada hikmahnya... Okey, ana berikan satu antologi,
Kita nakkan seekor kupu-kupu yang cantik. Tapi Allah beri kita satu kepompong. Kita menanti dan terus menanti kehadiran seekor kupu-kupu yang cantik. Tapi, pada satu hari, kepompong yang ada pada kita telah berubah menjadi seekor kupu-kupu yang indah...
Conclusionnya kat sini, tak ada sesuatu perkara pun bermula dengan sempurna. Pasti bermula dari banyak kesalahan. Supaya, kita belajar dari kesalahan dan terus berusaha!

p/s: entry ini untuk diri ana sendiri, agar tak malas-malas belajar untuk tahun-tahun yang lebih mencabar. Juga mengingati diri sendiri bahawa Allah berkuasa atas segala-segalanya...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...