Hari tu saya nangis
Awak datang duduk sebelah saya
Awak diam, senyum je tengok muka saya
Sebab awak tahu saya tak suka orang kacau saya tengah nangis
Tapi, bila tengok muka awak, mata awak yang jernih
Tangisan saya berhenti. Saya tahu awak sahabat saya
Sebab bila tengok awak, saya ingat DIA
Sampai saya sendiri lupa kenapa saya nangis
Awak...
Saya ingat lagi hari tu
Kita janji nak study sama-sama
Saya tunggu awak
Tapi awak tak datang-datang
Bila saya dah naik katil baru awak datang
Awak cuba jelaskan
tapi saya taknak dengar
Padahal saya tahu awak sibuk
Awak balik bilik awak
Saya tahu
Esok mesti awak pujuk saya
Awak...
Kenapa awak pandai sangat...
Saya selalu cemburu dengan awak
Cikgu selalu puji awak
Kawan-kawan kita selalu rujuk awak kalau ada masalah dengan study
Atau masalah peribadi...
Saya pulak pelajar 'biasa-biasa' je
Saya tak faham kenapa awak bersahabat dengan saya
Kenapa awak tak pergi bersahabat dengan mereka yang sama macam awak?
Yang hebat dalam aktiviti dakwah, yang pakai uniform biru, yang jadi mas'ul halaqah
yang tergolong dalam top students kat sekolah kita macam awak..
Tapi..
Awak cakap awak bersahabat dengan saya sebab..
Bila awak pandang muka saya
Awak ingat kat Allah
Bila awak bercakap dengan saya
Awak ingat Allah
Setiap kali saya belai rambut awak
Awak ingat Allah
Setiap kali awak baring atas riba saya
Awak ingat Allah
Awak...tau tak? saya pun rasa benda yang sama
Awak...
Saya tahu disebalik senyum manis awak, awak menyimpan derita
Saya tahu disebalik tawa comel awak, hati awak menangis tak berlagu
Saya tahu disebalik rajuk awak, awak sayangkan saya
Semuanya kerana Allah...
Hari ni, saya tak boleh lagi nak jalan-jalan dengan awak
Saya tak boleh lagi nak terima hadiah dari awak setiap kali hari lahir saya
Saya tak boleh lagi lihat awak menangis saat saya menemani tahajud awak
Saya tak boleh lagi dengar tawa awak comel awak ketika saya bergurau senda dengan awak
Saya dah tak nampak selimut hijau kegemaran awak di asrama
Tapi,
saya nampak air mata awak mengalir
kerana menahan sakit suntikan ubat
Saya masih boleh lihat senyum awak,
tapi hambar, tiada lagi senyum manis seperti dulu
Saya tahu, awak cuba senyum semanis mungkin
Sebab awak tak nak saya nampak awak menderita
Awak tahu...
Saya nampak awak study di kelas
tapi awak tiada di situ
Saya nampak awak mentelaah al-Quran di musolla
hakikatnya awak tiada di situ
Saya nampak awak duduk di katil saya seperti setiap malam
Sebenarnya, awak tiada di situ...
Awak...
Saya datang jenguk kubur awak ni..
Nanti bila jumpa DIA, jangan lupakan saya
Saya nak masuk syurga dengan awak
Saya nak main kat taman syurga dengan awak
Macam yang selalu kita buat sama-sama waktu awak masih ada di sini.
Awak, saya tahu saya sayangkan awak kerana ALLAH
Saya tahu awak pun sayangkan saya kerana ALLAH
Kita sama-sama tahu kita berkasih sayang kerana ALLAH
Awak jangan risau, doa saya sentiasa temani awak
Memori kita juga selalu temani saya...


5 comments:
wuhh..sungguh mengasyikkan...
i like it...
love it!!!!
uumu mmg pndai berkarya...
mengingatkan ana karya khas utk arwah izzat ismail je . Moga Allah tempatkan dia bersama orang2 beriman .
sungguh menyentuh hati kak ummu...huks2~
Segala pujian ana kembalikan pd Allah. Seungguhnya Dialah yang mengilhamkan kata-kata indah ini..
Post a Comment