In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful
" Kenapa la Allah uji macam ni?"
" Aku tak mampu nak hadapi ujian macam ni!"
Sedar atau tidak, kesenangan juga satu ujian.
Itu ujian Allah nak menguji samada kita ingat Dia atau tidak.
Itu ujian samada kita ini hamba yang bersyukur atau hamba yang kufur.
" Dua nikmat yang sering manusia buat manusia lupa pada Allah, nikmat sihat dan masa lapang."
~ hadith ~
Bila sihat dan ada masa lapang, kita mahu buat itu, buat ini.
Seronok merancang itu dan ini sehingga terlupa meletakkan Allah yang UTAMA.
Tetapi, bila apa yang dirancang tak menjadi, mulalah gelisah.
Jari seronok saja tunding orang lain.
Kita terlupa,
Allah juga merancang. RancanganNya sentiasa yang terbaik.
Masih segar kata-kata seorang senior ketika tingkatan 3 dahulu.
" Kita hamba, kita hanya berusaha dan terus berusaha. Natijahnya (hasil) semua milik Allah."
Sebelum soalan tu ditanya, takdir Allah mad'u semuanya ada masalah disiplin.
Rasa sedih, rasa kecewa sedangkan banyak benda dah usaha untuk pimpin mereka.
Tapi, GAGAL.
Lama kelamaan baru nampak hasil itu. Walaupun sedikit. Tak besar mana.
Ikatan hati dan sentiasa berhubung.
Boleh bergurau senda dengan mereka.
Boleh saja tegur dengan pelbagai cara.
Jangan Pernah Putus Asa Dengan RahmatNya!
SPM 2013
" Jangan putus asa dengan rahmat Allah."
Quotes (mungkin) pertama yang aku nampak bila jejak kaki masuk ke kelas.
Panah terus ke jiwa!
Bila aku rasa 'down' Allah hantar sahabat-sahabat untuk ingat pada Dia.
Walaupun aku tahu mereka tak tahu apa yang aku rasa.
Ada satu ketika, saat memerlukan duit. Sangat perlukan duit.
Tak tidur lena dibuatnya. Sepanjang masa fikirkan cara untuk cari duit.
Minta pada ummi dan abah? Tak sanggup susahkan mereka.
Takdir Allah pulang ke rumah nenek. Tak jauh dari rumah.
Cuba ceritakan yang aku perlukan duit.
" Berapa banyak yang perlu?"
Wajah tua itu memandang dengan kasih sayang.
" Tak banyak pun. 150 ringgit."
Hanya mengangguk.
Tidak lama selepas tu, dia hulurkan sekeping not seratus dan empat keping not lima puluh.
Eh, lebih dari yang aku perlu.
Baru aku sedar, rezeki Allah di mana saja.
Minta saja, pasti Allah beri.
Kalau tidak turun dari langit, pasti melalui manusia lain.
Usaha Dan Terus Usaha!
Kitaran hidup Sang Kupu-Kupu tak pernah senang.
Sejak si ibu bertelur dan membiarkan menetas sendiri di celah daun, hidup mereka terlalu berisiko.
70 peratus mungkin tidak sempat melihat dunia.
Maka tinggal yang selebihnya menetas dan jadi si ulat beluncas.
Si ulat beluncas yang gemuk juga sentiasa diawasi burung-burung kelaparan.
Nah, maka tinggal beberapa saja yang bisa hidup.
Mereka makan dan makan.
Kumpul tenaga dan kekuatan agar boleh melalui fasa seterusnya.
Si ulat beluncas cuba melekatkan diri di dahan, di sebalik daun atau di mana saja yang mungkin selamat.
Seterusnya membalut diri sendiri.
Berbulan lamanya di dalam kepompong yang sempit itu. Tiada makanan. Hanya bekalan.
Bila tiba masanya, kepompong tadi mula merekah.
Perlahan-lahan muncul Sang Kupu-Kupu.
Dia cuba berlatih mengibas sayap indahnya.
Dengan penuh keyakinan dan tawakal, Sang Kupu-Kupu mula meneroka dunia.
Hayatnya mungkin tidak lama. Satu hari, satu minggu.
Begitu juga manusia. Kita.
Mungkin yang bernasib baik, Allah takdirkan dia memang dari keluarga yang Islamik.
Atau keluarga yang mahukan Islam sebagai cara hidup.
Ada juga Allah takdirkan, dia berlatar belakangkan keluarga yang hanya Islam pada nama.
Setiap manusia jalan ceritanya berbeza.
Yang menyamakan manusia, hidayahNya.
Ada manusia, sangat berusaha untuk dapatkan tarbiyah dan hidayah.
Dia jatuh, dia bangun. Langkahnya perlahan, dia cuba berlari.
Kadang rasa ditinggalkan, Allah datang memujuknya.
" Orang yang hidup lama dalam kegelapan jahiliyah akan rasa betapa terangnya tarbiyah."
Anthem, Hlovate
Apa yang ingin di highlight kan di sini ialah :
Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Jangan sesekali putus asa dengan Allah.
" Orang yang nak berubah, Allah akan beri dia ujian yang berat. Sebab Allah nak tengok dia ikhlas atau tidak dengan perubahan tu."
Ustazah Khairol Badriah Jaafar,
Murabbi MATRI
9.37 pagi, 20 Feb 2014



.jpg)

1 comment:
hoi2 .. sja kn buat ayaq trjun kt sni .. haih .. good writing ummu .. maseh ! :')
Post a Comment