Tuesday, March 4, 2014

Pelangi

 


Angin sepoi-sepoi bahasa yang membelai wajahnya kadang buat dia terpejam seketika. Pandangan dilemparkan ke hujung padang. Kedengaran keluhan berat dilepaskan. Haih, mengeluh lagi!

"Assalamu'alaikum! Termenung apa tu?" Afifah menepuk lembut bahu Aina.

Aina hanya memandang apabila Afifah turut menyertainya duduk di atas rumput itu. Right on time! Memang Afifah yang dia tunggu sejak tadi walau tidak berjanji.

"Kalau ana nak buat satu request, sudi ke anti tunaikan?"

Afifah terdiam tidak menjawab. Tetapi dia tetap tersenyum. Ya, senyuman itu yang buat dia jatuh cinta pada Afifah pertama kali mereka bersua.

"Kalau ana keluar dari BADAR macam mana? Anti benarkan?" Afifah ketua BADAR. Dia pula ketua biro.

"Kenapa?"Anak mata Aina dipandang tepat. Dia mahu cari kekuatan dari mata hazel sahabatnya itu.


"Penat. Penat buat kerja-kerja ni. 3 tahun, Afifah... Ana tak nampak sebarang hasil.Kononnya matlamat kita untuk proses pemimpin. Tapi, hakikatnya mereka sama saja macam yang lain. Tak ada tamayyuz (perbezaan)." Aina memandang jauh lagi. Namun, mata Afifah masih setia lekat di wajahnya.

"Dan... ana sendiri tak mampu nak lalui proses tarbiyah tu dengan sempurna. Ana terlalu banyak khilaf sedangkan ana antara Ahli Majlis Tertinggi."

"Terlalu banyak lompong, cacat sana-sini. Ana tak nak tengok semua tu. Jiwa ana tak boleh menerima bila barisan kepimpinan kita sendiri bermasalah.Jadi, lebih baik ana keluar. Menjadi yang dipimpin lebih  baik untuk ana." Afifah membiarkan Aina meluahkan apa yang terbuku di hati. Hakikatnya, dia sendiri tidak boleh menjawab permintaan Aina.

"Afifah, I got to go. Jumpa malam nanti ya!" Akhirnya Aina bangun dari duduk apabila jam di tangan sudah menunjukkan 6.30 petang.

Afifah mengangguk dan tersenyum.Dia memandang Aina hingga hilang dari pandangan.


*************


Entah berapa kali dia mengeluh hari ini. Rasa berat di dada sedikit berkurang sejak dia meluahkan yang terbuku di hati pada Afifah dan selepas selesai solat maghrib tadi. Sekarang, dia lebih selesa untuk bersandar di tiang musolla dan membaca tafsir Fi Zilalil Quran atau Di Bawah Lembayung Al-Quran karangan Syed Qutb.

"Ada masa untuk ana?" Seperti biasa, Afifah suka benar membuat kemunculan tiba-tiba.

"Sure. Marilah." Aina menepuk-nepuk lantai dihadapannya. Tanda minta Afifah duduk di situ.

Tangan Aina dicapai dan diusap lembut. Dia memandang wajah Aina sebelum dia menebarkan pandangan ke seluruh musolla kayu itu.

"Pernah terfikir tak founder sekolah kita ini lalui proses macam mana?" Soalan itu dibiarkan tergantung. Aina biarkan Afifah mengambil giliran selepas dia yang banyak berbicara petang tadi.

"Sekolah kita ni dah masuk 50 tahun. Ummi ana cerita, Ustaz Dahaman tu meninggal waktu tahun ke 27 penubuhan sekolah kita." Ustaz Dahaman bersama sahabat-sahabatnya adalah sekumpulan manusia yang menubuhkan sekolah mereka. Kini, kesemua mereka merupakan lagenda. Lagenda yang takkan pernah dilupakan.

"Dulu ana pernah jugak terfikir. Ustaz Dahaman tu bermulanya macam mana, jalannya macam mana, pengakhirannya macam mana...Then, ummi ana cerita segalanya. Ummi ana kata, proses tarbiyah tu macam kedudukan setiap orang atas tangga. Yang baru Allah campakkan hidayah mungkin di bawah. Kemudian, bila lebih jelas naik satu tangga lagi. Bila kefahamannya meningkat, naik lagi. Cuma, tangga yang kita naik ni tak ada penghujung. Infinity." 

Mata Aina mula berkaca. Dia mula faham apa yang Afifah cuba sampaikan. Kata orang, kalau mahu sampai ke hati, bicaranya juga perlu dari hati kan?

"Aina, ana pun penat juga. Jadi anti tak keseorangan. Ana nampak juga segala kelompongan, kecacatan dalam organisasi kita. Ana penat. Ana rasa macam ana buat kerja seorang diri. Ana rasa seorang yang tergedik-gedik mahu dakwah sana, tarbiyah sini. Tahu apa perasan ana bila anti cakap macam tu petang tadi?"

Aina geleng. Dia cuba sedaya mungkin untuk menahan sebak. Dari mata Afifah, dia tahu Afifah sudah lama menangis sendirian di 'dalam'.

"Ana syukur ana tak keseorangan. So, kalau anti keluar dari barisan kita, sanggup anti tengok ana jalan seorang diri? Jalan kita lalui sekarang bermula dari zaman anbiya' lagi. Rasa untungkan kita berada di jalan para nabi? I need supporter. I need people like you. Aina sayang, ana tahu anti sendiri tahu yang tarbiyah tu lama. Sangat lama. Tetapi terjamin hasilnya."

Kali ini, mereka berdua sama-sama menyepi. Sehinggalah bibir Afifah terukir senyuman.

"Jadi, sudi untuk terus bersama ana?"

"Ya, sampai syurga!"


Pelangi takkan pernah wujud andai tiada hujan. Hujan itu ujian. Saat ditimpa ujian baru kita sedar, seindah mana pelangi  tarbiyah kita dicorakkan.





- inspirasi dari kehidupan realiti. Juga pengalaman hidup bersama sahabat-sahabat yang sentiasa mahu berpimpin tangan ke syurga!


5 comments:

Nurin said...

Ukhti, ana baru sahaja stalk blog ukhti. Hehe :) erm boleh suggestkan pada ana beberapa blog yang ukhti suka baca? Sebab lately ni blog yang ana follow tak berapa aktif like always. Jadi ana rasa sedikit bosan seharian tanpa ditarbiyyah oleh blog. o.O suggestkan kpd ana beberapa blog yang basah penyampaiannya. Terima kasih dan maaf kalau menyusahkan. Btw, dah follow blog ukhti. Nice.

Ummu Aiman said...

ana banyak baca http://angelwearsgucci.blogspot.com/

blog Inche Gabbana. memang terbaik. bahasa santai. tapi, zapp! sentap hati~~

Nurin said...

Terima kasih banyak2 ukhti. Tapi saya dah follow blog tu memandangkan blog tu sangat femes dgn entrynya. Ukhti ade suggestion lain?

Ummu Aiman said...

blog sahabat2 ana ok jugak..
tyahthelegend.blogspot.com
sischocolate.blogspot.com

Nurin said...

Syukran ukhti. Terima ksih sangat-sangat. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...