Thursday, May 1, 2014

APRIL WHO?

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

April sudah pergi dan Mei sudah tersenyum menyambut.
Jamadil akhir sudah menapak pergi dan Rejab teman si Sya'ban dan Ramadhan sudah bermula. 
Ini bermaksud, dah tak lama aku akan sambung belajar.
To where? I don't know.
Mungkin ke universiti atau matriks atau kolej atau form six.
Mungkin juga marhalah khassah.
Well, we never know how Allah makes our future right?

Post kali ialah post untuk mengapreasasikan 3 orang yang sangat bermakna dalam friendship life aku.


NineAprilofNineteenNinetySix


Fathiah Nabihah binti Mohd Salleh

She's the new comer.
And guess what.. aku ni bukan jenis senang terima budak baru.
Tapi Tyah pulak jenis yang easy going person.
So, aku pun boleh la easy going dengan dia.

Macam mana taaruf pertama antara aku dan Tyah pun aku tak ingat.
Yang aku ingat, aku boleh kamceng dengan Tyah sampai sekarang disebabkan
BIGBANG. The boy band came frome South Korea.
BIGBANG was the past. Sekarang pun layan pun gitu-gitu ja.

Pernah 2 minggu aku tak bercakap macam biasa dengan Tyah.
Sebab tutt tutt...
2 minggu juga aku tak boleh duduk diam.
Wargh, rasa macam dunia tak complete! Tak boleh fokus.
Aku tahu aku tak boleh duduk diam. I must do something.
Aku mesti jadikan keadaan macam biasa balik.
"Tyah, can I talk to you?"

Tyah pandang muka aku then she said,
"Tyah pun rasa we need to talk."

Mula la perbicaraan dari hati ke hati. 
Lama. Sama-sama nangis.
Bila fikir balik macam lawak pun ada.

sekarang, aku jauh dari dia.
Tyah Bangi, aku Beseri.
Tapi, aku harap kasih, sayang, chentaa dan slogan SAYANG SAMPAI SYURGA tu takkan pernah pudar.

My last speech for Tyah a.k.a Atiaa,
Sweet 18, Atiaa! You are officially 18 now. So, tolong jadi matang. matured itu aset kan? hahaha.. joking~
Mungkin ana patut jadi lebih matang dari Atiaa sebab kalau ikut umur I'm 1 month 4 day older than you. Haha. Tyah, ke mana pun kita nanti, ingat, Allah sentiasa ada untuk hambaNya.
Allah tahu apa yang kita rasa, Allah dengar apa yang kita doa.
And the most important things is I love you. Kalau satu hari nanti ummu kata ummu benci atiaa, percayalah, that's not me.


SevenAprilOfNineteenNinetySix



Siti Nur Haziqah binti Mahyiddin

Dektah. Aku rasa dia adalah sahabat yang paling banyak aku sakitkan.
Banyak krisis antara aku dengan Dektah jadi time tahun peperiksaan besar.
Form 5 dan form 3.
Aku akui, mungkin segalanya berpunca dari aku.
Ego sangat. Tak mau kalah. *dush, dush!

Haziqah, kadang-kadang kuat merapu. Hikmah juga.
Yelah kan.. kalau tak, mana boleh jadi PKP (Penolong ketua Pelajar). Haha.

So, di kesempatan ni nak ucap banyak-banyak minta maaf sepanjang 5 tahun dan dah masuk tahun keenam I hurt you so much. And.....
Happy Birthday to you!!!!!!!!!!!
Jangan lupa tarik ana bila ana 'jauh', jangan lupa bantu ana bangun bila ana 'jatuh'.
Jangan lupa senyum kat ana walaupun we have nothing to say anymore satu hari nanti.


FifteenOfAprilNineteenNinetySix


Nur Falahi binti Bahran

Namanya seunik empunya.
Bagi aku, setiap sahabat aku adalah one in a million.
Aku menjadi roommate Falahi untuk 3 tahun sepanjang 5 tahun aku di MATRI.
So, antara ramai-ramai sahabat aku dia adalah yang paling banyak tahu tabiat aku.

Tahu pukul berapa aku akan tidur, pukul berapa aku akan bangun.
Macam mana susun atur barang locker aku, mana aku letak baju aku

Kadang kami kongsi bedtime story sampai salah sorang tertidur.
Bagi aku, Falahi is a good listener.
A good friend.

Bohong la cakap aku dengan Falahi tak pernah buat silent treatment.
Tapi, akan cakap balik tanpa ada sesi memujuk.
*sama saja dua2 -_-

Waktu form 4, kami berlainan kelas dan berlainan dorm. Malah berlainan paras!
Aku duduk paras 4 dan Falahi paras 1 dengan junior form 1.
Kami cuma boleh sembang time makan dan rehat untuk solat.

Walau satu negeri, jarang jumpa bila dah tamat sekolah.
Aku harap bila dah sambung belajar nanti, takkan saling melupai, takkan rasa janggal, mesra takkan pernah hilang.

May Allah give the strength for you. Sweet 18, Falahi!

1 comment:

Anonymous said...

Syafica?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...