Okay, berhabuk setebal habuk kat karpet musolla dah blog ni.
Nak kata sibuk la tu. Hahaha. Tak adalah sibuk mana sampai last post pun 1 May hari tu.
Well said, Pre-U a.k.a Form 6 tak adalah sesibuk nak dibandingkan mereka-mereka
di Matriks, Asasi, Diploma.
Cuma..... Aku rasa macam 'hilang' seketika.
Mungkin sebab dulu aku duduk dalam suasananya menjaga,
ramai sahabat yang ada saat aku jatuh,
sistem yang membentuk aku sebagai manusia.
Bukan aku kata tempat aku duduk sekarang tak membentuk aku sebagai manusia,
Bukan aku kata sistem yang aku lalui sekarang menjadikan aku sebagai robot.
Cuma, rasa kosong. Berbeza.
Tempat yang Allah letakkan aku sekarang hakikatnya medan aku.
Medan untuk aku buktikan banyak mana yang aku dapat saat menjadi 'budak Dakwah Tarbiyah' dulu.
Banyak mana yang mampu aku praktik dalam banyak-banyak ilmu yang aku dapat dulu.
Sejauh mana hati dan jiwa aku redha dengan takdir aku.
Aku budak tarbiyah.
Yang dulu malamku tak lena memikir ummah.
Yang dulu taujihatku berdegar-degar menggugah.
Yang Dulu menjaga segala ibadah.
Tak pernah serik walau dihempas mehnah.
Aku budak tarbiyah.
Yang dulu syadidku bertempat.
Bemuamalah menjaga ikhtilat.
Yang dulu pandanganku tersekat.
Kini, ada apa pada budak tarbiyah?
Konon sudah serik berjuang.
Ingin berehat tanpa tekanan.
Apa jadi pada budak tarbiyah?
Bangun malam pun sudah jadi perkara luar biasa.
Dulu zikir dan tilawah meniti di bibir segar.
Kini hanya perbualan sia-sia menghuni bibir gersang.
Hambar.
Mana hilang budak tarbiyah?
Apa khabar iman?
Adakah masih segar?
Adakah masih berhati tegar?
Apa khabar ummah?
Adakah kau masih hiraukan?
Atau hanya menyempitkan fikiran?
Kau tahu, madah di atas bukan coretan aku.
Tapi, memang betul-betul tepat kena kat jantung ni hah!
Pernah, time Ramadhan hari tu, aku nangis setiap hari lepas balik sekolah.
Sebab? Kononnya aku tak boleh adapt dengan suasana.
Ummi pujuk aku dengan macam-macam.
Tapi, dia selalu suruh aku istikharah. Tak kisah ke mana aku nak pergi.
Dan bila lama-lama tu, aku dah boleh terima.
Aku terima yang di mana aku sekarang adalah tempat terbaik untuk aku.
So, it's already December.
Takkan aku masih nak berada di awang-awangan?
Berharap jasad aku bukan di sini?
Oh, stop dreaming and live your life, ummu!
Disebabkan aku sekarang belajar kat sekolah,
so, cuti aku dan cuti sekolah sama.
Dan ini bermakna, penghujung October dan sepanjang Disember adalah cuti!
Bohong la kalau tak seronok bila cuti.
Pagi-pagi tak payah berkejar nak pergi sekolah awal.
Sebab takut traffic jam, takut nanti tak pasal kena isi 'borang kuning' sebab lewat.
Tak perlu nak fikir baju apa pula aku nak pakai hari ni (girls problem ==')
Tapi, schedule wajib aku waktu cuti adalah.....
join program.
KMK a.k.a Kem Minda Kreatif dan KASEH a.k.a Kem Anak Soleh baru aja tamat.
Boleh dapatkan cerita tu di instagram aku (okay, ini nama dia bajet retis. haha)
Cuma aku tersangat bersyukur bila Allah pilih aku menjadi sebahagian dari tenaga kerja dua program ni.
Belajar banyak perkara. Dari mengurus sekecil-kecil prop,
sehinggalah menerima peserta seramai 149 orang.
Persediaan program, modul, kerja yang menanti lepas program.
Bersyukur amat aku dapat rasai pengalaman macam ni.
Hari tu, Pakcik Ghazali tanya pengalaman masing-masing handle program.
Macam-macam jawapan dari pelbagai skop tugasan.
Tapi, yang aku pelik dengan diri aku sendiri,
aku hilang letih bila tengok adik-adik peserta.
Serious pelik.
Bebudak KASEH kali ni dahlah ramai, terlebih tenaga semuanya.
Pendek kata, kalau kem kom atau timbalan kem kom dan bercakap kena guna mic.
Mungkin sebab anak-anak syurga kan?
So now, let's ready for the next Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan (JDK 2014).
Hari tu aku pulang sebagai peserta. Dan akan kembali sebagai fasilitator.
Rabbi Yassir wa la tu'assir!

No comments:
Post a Comment