Saturday, January 17, 2015

ACAH-ACAH TRAVELOG JDK 2014 (Part 1)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Tirai 2014 akhirnya dilabuhkan dengan sempurna.
Walaupun mungkin boleh dikatakan 2014 merupakan 'tahun sedih' untuk Malaysia.
MH370, MH17, BANJIR BESAR, AIR ASIA QZ8501
Tak perlu untuk cerita secara detail. Cukup sekadar mention perkara-perkara diatas.

Tahun 2014 sekali lagi aku dipilih Allah sekali lagi untuk sertai JDK Zon Utara. Tapi sebagai fasilitator.
Mula-mula tu iyalah sebagai fasilitator.
Dalam hati awal-awal dah pesan pada diri,
"Tunjuk qudwah terbaik, kongsi ilmu dengan adik-adik, flexible setiap masa.."

Dan.... tetiba rasa macam Bukit Tunjong tu diletakkan atas bahu.
Ah, macam mana aku boleh lupa itu semua tanggungjawab?
Lepas tu tetiba ada tugasan tambahan. 
Tukang tangkap gambar a.k.a photographer sepanjang JDK berlangsung untuk 18 hari.
Mula-mula tu rasa macam ok ja kot. Sebab dah minat kann..
Lepas tu jadi berat lepas satu-satu jadi.

Mula-mula tak ada camera. Allah hantar pakcik Ghazali Saad untuk pinjamkan camera.
Lepas tu Zikri dan Hannan pula baik hati pinjamkan camera.
Satu lagi cabaran menjadi seorang 'penangkap gambar' ialah budak2 tak sporting -.-
Tambah-tambah kalau budak2 lelaki yang tak sporting bila lensa kamera dihalakan.
Bro, susah keja saya camni....
Tapi, Alhamdulillah Allah hantar bantuan dari langit (poyo~~),
Alang-alang kamera dah ada dua, aku terus bagi fasi lelaki pegang.
Haaa.... apesal la tak terfikir dari awal lagi =='

Bagi aku, JDK kali membawa aku untuk pandang dari sudut berbeza.
Kalau tahun lepas mungkin aku lihat JDK dari sudut peserta.
Ikut flow program ikut arahan kem komanden.
Masa makan pun ikut jadual dan arahan.
Makanan sentiasa ada.
Tak cukup apa-apa, bagitahu fasi.
Kalau demam fasi boleh tolong jaga.

Namun, JDK 2014 bawa aku untuk lihat dari sudut seorang fasilitator.
Bagaimana nak memastikan setiap slot dan program berjalan lancar.
Kadang masa makan tak tersusun. Kadang tak cukup makanan (kadang-kadang sangat ni.huhu)
Macam mana nak pastikan setiap peserta selesa kat JDK ni.
Backup plan kalau-kalau ada slot yang cancel.
ilmu, dan hikmah kalau-kalau peserta tanya soalan out of the box.
Jaga tingkah laku takut tak dapat tunjuk qudwah terbaik.

Baru aku nampak nampak macam mana syuyukh-syuyukh,
pakcik-pakcik, makcik-makcik, murabbi-murabbi
bertungkus-lumus menjayakan program sebegini.
Bermula dari pengurusan, pelaksanaan dan sebagainya.

Bermula dengan modul rekreasi selama 2 hari di Wang Mu.
Modul ni dikendalikan sepenuhnya oleh Team Rekreasi HALUAN (Bro Shahrul and the gang)
Modul ni memang rasa macam fasilitator tak wujud langsung.
Memang agak berjimbalah geng-geng fasi katWang Mu tu. Hehehe.
Bagi aku sendiri, modul rekreasi di Wang Mu tu agak menguji keimanan (cewaahhh)
Dengan hujannya, masak sendiri (peserta sahaja.).
Kalau tengok-tengok balik pun, tak adalah mencabar mana.
Cuma lebih menguji kesabaran.
Masak sendiri, guna kayu api semata-mata.
Kadang nasi tak masak. Tapi, Alhamdulillah semua sihat walafiat lagi.
Barisan ketua kumpulan untuk modul rekreasi


bekalan makanan peserta untuk 2 hari 1 malam.

tak tahulah orang yang Muaz panggil Alah tu buat apa =='





Habis ja modul rekreasi, diteruskan pulak dengan modul Anjakan Paradigma yang berlangsung untuk 2 hari.
Bagi aku, modul anjakan paradigma adalah modul paling best!
Anjakan paradigma hakikatnya membawa kita kembali pada Allah bermula dari sekecil-kecil perkara.
Dan semestinya perkara yang di highlight ialah MUWASSAFAT TARBIYAH.

1. Aqidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
2. Ibadah yang benar (Sahihul Ibadah)
3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
4. Kuat tubuh badan (Qawiyul Jism)
5. Sangat menjaga masanya (Harithun 'ala waktihi)
6. Tersusun urusannya (Munazham fi syu'unihi)
7. Luas pengetahuannya 
8. Melawan hawa nafsu (Mujahadah li nafsih)
9. Mampu berdikari (Qadirun ala kasbi)
10. Bermanfaat kepada orang lain (Munafi'un li ghairihi)
*mungkin susunan ni tak berapa tepat

Kalau diteliti elok-elok, muwassafat tarbiyah atau ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu muslim ini disusun begitu indah oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna.
Bermula dengan penekanan aspek akidah yang sejahtera dalam diri.
Dan berakhir dengan sifat yang paling susah nak ditanam dalam diri
yakni bermanfaat kepada orang lain.

Kenapa akidah diletakkan yang pertama?
Okay, sekarang cuba bayangkan sebatang pokok yang besar dan redup.
Apa yang mendokong pokok yang besar itu untuk terus kukuh di atas bumi?
Akarnya kan?
Jadi akidah itu digambarkan sebagai akar atau kekuatan dalaman yang mantap, tak terganggu gugah dan membawa kepada sifat-sifat individu muslim yang lain.

Dan kenapa sifat bermanfaat kepada orang lain diletakkan dalam sifat yang ke-10?
Macam apa yang disebutkan kat atas tadi,
sifat dan sikap ini paling susah nak buat.
Kenapa? Sebab, kadang kita nak buat sesuatu kebaikan kita akan fikir pasal diri kita dulu.
Contohnya, sedekah.
Tapi, apa yang Sir Nasir senaraikan ciri-ciri terperinci bukan hanya sedekah.
Mendoakan orang lain sewaktu bersin, mendorong orang lain untuk buat kebaikan, mendekati orang lain atas tujuan dakwah dan banyak lagi!

Modul Anjakan Paradigma ditutup dengan kehadiran the F Team.
(Akh Fadhli Mohd Diah, Akh Faiz Zaki dan Akh Firdaus)
Tajuk yang dibawa pada malam itu adalah 'Dakwah Kampus'.
Tajuk paling popular dan memang takkan jemu untuk dibincangkan.
Dakwah kampus bukan saja dakwah kepada Muslim tetapi Akh Faiz Zaki juga membuka konsep dakwah kampus dengan lebih luas.
Iaitu dakwah kepada 'not-yet Muslim'.
Bagi aku sendiri dakwah samada kepada 'already-Muslim' dan 'not-yet Muslim' mempunyai cabaran yang berbeza.
Bagi 'not yet muslim' cabarannya mungkin tak tahu nak bermula dari mana, 
atau pun sejauh mana persediaan ilmu tentang Islam kalau ditanya oleh mad'u2 'not yet muslim'.
Macam aku sendiri yang ada kawan 'not yet muslim' beragama Christian Katolik dan berbangsa india pun tak tahu nak mula dari mana.
Kadang ada jugak la melawak ajak dia ke surau waktu zohor. 
Tapi, aku sendiri pula ragu-ragu. 
'Tak apa ke?'
'Orang lain nanti tak cakap apa-apa ke?'
Dan akhirnya, aku biarkan je ajakan tu dibawa angin ~~~























Istimewanya JDK 2014 ialah banyak modul khas.
Dan istimewanya aku sebab terpilih. Lalalala~~

Modul khas pertama, peserta-peserta dibawa ke Kolej Komuniti.
Dan, Kolej Komuniti tawarkan kursus untuk budak-budak ni secara percuma. Untung woo~

 1. Bengkel Catur Bestari
2. Penulisan Khat
3. Membaiki Air-cond 
4. Masakan 




















JDK 2014 diteruskan dengan modul seterusnya.
Modul Kemahiran Insan dan Profesional.
Modul ni bertujuan untuk melatih para peserta bina keyakinan diri, pengucapan awam, event management.


Cikgu Zulkhairi. Penyampai slot Pengucapan Awam


Cikgu Shapiee. Penyampai slot Komonukasi Berkesan.
Cikgu Ismail. Penyampai slot Event Management.
*gambar Ustaz Al-Hami, penyampai slot Khutbah hilang T_T

Team Kelab Haluan Fitrah juga ada slot.
Slot HALUAN Fitrah ni membentangkan soal agama dan kepercayaan lain dan salah faham terhadap Islam atau Islamophopia.

Dr. James Jamaluddin. Pembentang tentang Christianity




Ustaz Marwan. Cerita pasal Solat Jamak *feveret.











*kumpulan-kumpulan yang memenangi simulasi slot Haluan Fitrah

Setakat ni saja yang boleh di post
Too many photos to upload.
And.... too slow.





Jumpa kat Part 2 nanti uolls!
*3 minggu lepas ni mungkin. hahaha










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...