In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful.
Selepas enam bulan berhenti menulis dan terjebak dalam dunia blog,
I'm back.
How can I'm not coming back sedangkan blog adalah open diary bagi seorang Ummu Aiman.
6 bulan pertama 2015 dan semester kedua hidup sebagai seorang STPM candidates bukan sesuatu yang mudah hatta indah.
Sepanjang semester diuji dengan guru-guru yang menggelar diri mereka pendidik, semangat belajar terbang ke Laut Andaman, betapa banyak kertas bazir semata-mata kerja kursus.
Aku yang dulunya seorang hanya ikut segala peraturan dari form 1 sampai form 5,
akhirnya dah langgar satu waktu form 6.
Aku yang dulunya never talk balk to the teacher instead of giving opinion,
akhirnya menjadi seorang manusia yang tak suka dihakimi dan akhirnya melawan.
Aku dah mencemarkan nama baik sendiri, kononnya.
'Rules are made to be broken.'
I cried to my mom asking untuk berhenti dari STPM dan mungkin sambung belajar kat tempat lain.
Sungguh-sungguh aku nangis.
Sungguh-sungguh aku dah tak mahu kembali ke sana.
Bukan sebab STPM yang menjerut leher kononnya terlampau susah,
atau either classmates or schoolmates yang kononnya memulaukan.
Nope. They are far from good. They are great, the best mates.
Umi seusaha mungkin memujuk.
Paling kurang sampai habis semester 2.
And yes, pujukan tu berjaya.
Aku sendiri pula yang seakan memujuk jiwa sendiri untuk habiskan sem 3 di sana.
"Sikit je lagi beb."
"6 bulan je. Cuti, belajaq, sibuk. Tup tup dah habis."
Entah syaitan pesemis mana yang merasuk aku.
Suka betul tak yakin dengan diri sendiri.
Suka betul nak terasa dengan kata-kata cikgu.
Sampai satu tahap, aku rasa aku betul-betul kena blah.
Atau tak aku takkan lagi hidup untuk 6 bulan akan datang.
Waktu tu Allah hadirkan manusia-manusia murabbi yang bersinar disebalik kerendahan jiwa mereka.
Waktu tu aku rasa macam Allah dah kembali pandang aku.
Walhal sedetik pun untuk 19 tahun kehidupan aku Dia tak pernah berpaling.
Kata mereka, aku hidup dalam zon selesa terlalu lama.
Hidup aku hanya dikelilingi manusia-manusia berbicara butir mutiara.
Sekali aku dihentak dan kata-kata yang dilemparkan merupakan luar daripada vocab aku,
mulalah melatah rasa nak nangis sampai banjir gurun sahara.
Sampai bila lagi aku nak hidup macam ni?
Ingat semua orang mulut manis, jiwa cantik?
Kadang aku perlu akur dengan peraturan manusia.
Meski jiwa aku meronta tak suka.
Bagi aku,
' Human law are written and can be unwritten.'
Apa susah sangat nak bubar peraturan tu?
Aku tak suka sebab kena letak tudung dalam baju paham tak?!
Haa... kan dah geram ni.
Dan segala kisah suka mostly duka (baca : sadis ) semester 2 akhirnya dijadikan pengalaman yang paling dahsyat (baca : bermakna) dalam hidup aku.
Lets say itu hanyalah secubit permulaan dalam perjalanan hidup aku.
We have long way to go, girl! Live your life.
Kehidupan tu satu pengalaman bahkan guru terbaik.
So, sebelum bermula semester akhir penyeksaan (baca : STPM) dan aku juga mungkin dah tak jenguk blog ni for the next 6 month teringin sangat nak mencoret sikit kisah KAHFI Zon Utara 2015.
Baca blog peserta komen kat muka buku, belog2 mahupun pengicau pasal KAHFI tetiba mengkobarkan aku nak menulis pulak.
Amaran : sisi pandangan penulisan aku semuanya kisah dibalik tabir. Tak ada pelangi tawa para peserta atau mungkin butir2 emas ustaz2 jemputan waktu kat sana.
Job KAHFI bermula bila Najwa dok tanya-tanya sesiapa yang mungkin available untuk turun tolong program. Aku merelakan diri (baca : volunteer) dan main-main untuk jadi AJK Media.
Gian sangat tangan dah lama tak pegang camera dan menikmati masterpiece-masterpiece indah.
Few days later, Kak Ayuny a.k.a kakak Timbalan Pengarah whatsapp.
Katanya nak merisik. Untuk amanah Setiausaha yang masih kosong.
Ah sudah. Job paling seronok sekali beb -_-
Dah berapa program aku asyik kena.
Latihan, latihan.
Tapi, terima juga sebab macam kesuntukan masa.
Seminggu sebelum program, aku masih sekolah.
Sukantara pulak tu.
Menggembur perasaan malas betul la.
Lebih kurang lagi tiga hari sebelum program baru kalut untuk setel kerja-kerja aku.
Dah dapat agak masa depan untuk seminggu akan datang adalah jadi bestfren laptop lenovo aku ni.
Mengadap sampai pedih mata, sampai nafsu mengantuk semakin menipis.
Kami (aku, Falahi, Salsabila dan keluarga) bertolak ke Kem Merbok Indah dalam pukul 12.30 tengah hari sehari sebelum program.
Dah nama pun TOT. Konfem la awal dari hari program.
Pakcik Zanudin ( Ayah Sal) pusing punya pusing area Merbok cari tempat kem. Sejam bruh cari tapak kem.
Malam tu dalam pukul 11, fasi-fasi pulak tengah bincang pasal modul (mungkin) aku dengan Kak Mai recheck balik borang-borang untuk pendaftaran esok.
Borang pendaftaran tak ada gais. bayangkan betapa paniknya aku.
Ah takkan aku terlupa photostat? Tapi macam dah.
Bagitau Kak Mai, lagilah dia gelabah.
Last2 dia decide ajak keluar pergi cari kedai photostat pada pukul 11.15 malam.
Harapan senipis lapisan ozon.
Kak Mai drive Getz Kak Maya dengan Ainul Mardhiyah sebagai penunjuk jalan.
Dan aku pula duduk secara tak diam dalam kereta sebab gelisah.
Sampai ke bandar SP kami cari kedai photostat.
What are you expecting huh? Ada kedai photostat 24 jam dan masih bukak pada jam 12.30 pagi?
This is northern region, gais.
Akhirnya masing-masing fed up dan risau dengan safety dua budak perempuan yang masih belum 20 tahun dan seorang bakal pengantin.
Kak Mai tenangkan dengan cakap kita akan cari inisiatif lain untuk esok.
Sampai ja kat tapak kem, semua orang macam tengah enjoying ayam dan kambing BBQ special made by Bro Albo.
Aku macam separuh eksaited. Separuh tu sebab lapar dan separuh lagi dok mikir kerja esok hari.
Maka aku tertidur pukul... lepas subuh kot sebab pegang prinsip lepas-4-jam-makan-baru-tidur.
Sebenarnya aku dok key in data dan mungkin dengar apa Afiqah, Ainul dengan Sal dok merepek sambil sedia bahan modul untuk Ice Breaking dan Team Building.
Falahi pula setia melayan repekan aku atau tetiba aku terstress sampai subuh.
Pagi tu, waktu pendaftran Ainul tetiba cakap,
"Ni ada borang pendaftaran. Ada terstapler skali dengan modul tahsin. Bazir ja kita buat semalam."
And I was like..... what?... sambil tengok Falahi.
Adoi, good job for your panic, Ummu!
Hari pertama berlalu dengan makanan sedap dan borang-borang yang menanti untuk di key-in.
Trekking esok harinya, aku kena tinggal. Tapi memang nampak macam tak boleh pi. Kasut sukan tak ada, mata rabak sebab pukul 4.30 baru lelap.
Tapi untung-untung tak ikut trekking boleh mandi sungai walaupun setengah jam ja sebab tetiba nampak budak kampung smoking tepi sungai tu.
Aku dengan Ainul cepat-cepat pecut naik atas.
40 minit lepas tu baru depa semua balik dari trekking.
Habis solat zohor, Ustaz Umar Aiman take turn untuk slot sembelihan.
Dik, akak dulu festaim sembelih ayam pun kat KAHFI la dik.
Malam kedua KAHFI team urusetia masing-masing sibuk dengan persiapan penutup esok hari.
Habis ja tadabbur alam peserta, Kak Maya, Intan dan Faathimah join in tolong bahagian hadiah.
Semua data dah siap di key-in. Dan sangat berharap semua sijil boleh siap di print malam tu jugak.
Supaya esok aku dah boleh hela nafas lega.
Sampailah ke helaian ke 45, aku buat sesuatu yang rasa nak ketuk kepala sendiri.
It stuck dan dah tak boleh teruskan ke muka surat 46. Ada lagi 51 page dik nak habis *nangis*
2 jam aku godek-godek setting printer ngan laptop.
Nothing make worth. Tidoq ah camni.
Macam semalam, semua kerja siap disetel tepat 4.30 pgi.
Kerja-kerja sijil yang stuck semalam disambung balik pagi tu.
Dengan bantuan sorang urusetia lelaki, aku berharap tak perlu nak ulang print dari first page.
Tapi, harapan tu macam dah kena campak masuk dalam sungai dan biar hanyut sampai ke laut.
Whatever it is, sijil-sijil tu semua siap 10 minit sebelum majlis penutup.
Konfem ada nama salah, ic salah punya.
Kenangan KAHFI dan Kem Merbok Indah disempurnakan dengan terjunan gaya bebas kat sungai bila semua ahli puak Adam berangkat ke masjid.
Wah, tetiba rindu JDK 13/14 kat Batu Ampar.
Whatever it is, macam mana cara kenangan, memori, pengalaman KAHFI Zon Utara 2015 dicatat dan diabadikan sekali pun,
peserta, fasilitator, urusetia, pakcik-pakcik, makcik, surau kayu, khemah, ayam bogel, sungai, kolah, bilik gerakan, semuanya adalah sebahagian daripanya.
*aku dah tak tahu merepek apa dah ni*
Last wish, moga peserta form 5 KAHFI join JDK pulak lepas ni.
Sebab JDK tu lagi sumpah cool dan bergaya. Kbye.
Habis ja tadabbur alam peserta, Kak Maya, Intan dan Faathimah join in tolong bahagian hadiah.
Semua data dah siap di key-in. Dan sangat berharap semua sijil boleh siap di print malam tu jugak.
Supaya esok aku dah boleh hela nafas lega.
Sampailah ke helaian ke 45, aku buat sesuatu yang rasa nak ketuk kepala sendiri.
It stuck dan dah tak boleh teruskan ke muka surat 46. Ada lagi 51 page dik nak habis *nangis*
2 jam aku godek-godek setting printer ngan laptop.
Nothing make worth. Tidoq ah camni.
Macam semalam, semua kerja siap disetel tepat 4.30 pgi.
Kerja-kerja sijil yang stuck semalam disambung balik pagi tu.
Dengan bantuan sorang urusetia lelaki, aku berharap tak perlu nak ulang print dari first page.
Tapi, harapan tu macam dah kena campak masuk dalam sungai dan biar hanyut sampai ke laut.
Whatever it is, sijil-sijil tu semua siap 10 minit sebelum majlis penutup.
Konfem ada nama salah, ic salah punya.
Kenangan KAHFI dan Kem Merbok Indah disempurnakan dengan terjunan gaya bebas kat sungai bila semua ahli puak Adam berangkat ke masjid.
Wah, tetiba rindu JDK 13/14 kat Batu Ampar.
Whatever it is, macam mana cara kenangan, memori, pengalaman KAHFI Zon Utara 2015 dicatat dan diabadikan sekali pun,
peserta, fasilitator, urusetia, pakcik-pakcik, makcik, surau kayu, khemah, ayam bogel, sungai, kolah, bilik gerakan, semuanya adalah sebahagian daripanya.
*aku dah tak tahu merepek apa dah ni*
Last wish, moga peserta form 5 KAHFI join JDK pulak lepas ni.
Sebab JDK tu lagi sumpah cool dan bergaya. Kbye.
*Enjoy the video with full HD*



No comments:
Post a Comment